Keberkesanan Batuan Fosfat ke Atas Tanaman Jagung Manis (Zea Mays Var. Manis Madu Kuning)
Satu penyelidikan ladang telah dijalankan ke atas tanah siri Serdang (Tipik Paleudult) bagi mengkaji kesan dua jenis baja batuan fosfat (PR) ke atas tanaman jagung manis (Zea mays var. Manis madu kuning). Batllan fosfat tersebut ialah Fosfat Semulajadi North Carolina (NCNP) dan Batllan Fosfat Ch...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1992
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10331/1/FP_1993_1_A.pdf |
Summary: | Satu penyelidikan ladang telah dijalankan ke atas tanah siri Serdang
(Tipik Paleudult) bagi mengkaji kesan dua jenis baja batuan fosfat (PR) ke atas
tanaman jagung manis (Zea mays var. Manis madu kuning). Batllan fosfat
tersebut ialah Fosfat Semulajadi North Carolina (NCNP) dan Batllan Fosfat
China (CPR) dibandingkan dengan Superfosfat Tripel (TSP). Kadar P yang diuji
ialah 25, 50, 100 dan 200 kg P ha-1. Kajian 3 sumber P (NCNP, CPR, TSP) x
4 kadar P (25, 50, 100, 200 kg P ha-1) berfaktorial disusun menggunakan
Rekabentuk Rawak Blok Lengkap dengan 4 replikasi dan rawatan kawalan (0 kg P ha-1) disertakan juga. Kajian ini meliputi dua musim penanaman iaitu
semua rawatan dan pengurusan diulang semasa penanaman Jagung 2.
Keputusan menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis baja P adalah setanding
dalam menghasilkan bilangan tongkol yang boleh dipasarkan dan juga berat
basah tongkol jagung tersebut pada penanaman Jagung 1 dan Jagung 2.
Manakala jumlah berat kering pokok jagung (bahagian atas tanpa tongkol) ialah
TSP > NCNP ~ CPR pada penanaman Jagung 1 dan Jagung 2. Kepekatan
nutrien dalam tisu i ndeks bagi N, P, K, Ca, Fe, Cu dan Zn adalah mencukupi
dan tidak berbeza di an tara rawatan baja tersebut kecuali Mg terdapat
kekurangan pada Jagung 1 dan Jagung 2 dan Cu pada Jagung 1. Dalam
pengambilan unsur N, P, K, Ca, Fe dan Mn oleh pokok jagung (bahagian atas
tanpa tongkol) adalah baja TSP > NCNP ~ CPR pada Jagung 1 tapi pada
Jagung 2 hanya un sur N, P, Mg dan Mn sahaja. Sementara pengambilan unsurunsur
lain adalah tidak berbeza bagi ketiga-tiga jenis baja sama ada Jagung 1
atau Jagung 2. |
---|