Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan UPM anjur persidangan berkaitan kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 8 Mac– Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan ‘Second Foundation of Islamic Finance Conference: Islamic Banking Product: Theory, Practice & Issues’, baru-baru ini. Persidangan itu bertujuan membincangkan secara serius isu-i...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10727/2/Sekolah_Pengajian_Siswazah_Pengurusan_UPM_anjur_persidangan_berkaitan_kewangan_Islam.pdf
Description
Summary:KUALA LUMPUR, 8 Mac– Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Persidangan ‘Second Foundation of Islamic Finance Conference: Islamic Banking Product: Theory, Practice & Issues’, baru-baru ini. Persidangan itu bertujuan membincangkan secara serius isu-isu terkini berkaitan kewangan Islam yang merupakan industri dan disiplin ekonomi baru yang kian berkembang di negara ini. Selain itu, ia juga bertujuan menghasilkan jurnal dan penerbitan buku yang berkualiti tinggi berkenaan dengan kewangan Islam. Persidangan dua hari bermula 8 hingga 9 Mac itu diadakan dalam tiga kategori iaitu pembentangan kertas, perbincangan dan menyunting untuk menghasilkan terbitan berkaitan perbankan Islam. Antara penceramah yang hadir pada persidangan itu adalah Profesor Kewangan Bond University of Australia, Prof. Dr. Mohamed Ariff, Timbalan Dekan (Thesis Based Programme and Research), Sekolah Pengurusan Siswazah Pengurusan UPM, Prof. Dr. Shamser Mohamed Ramadili Mohd dan Pengarah National Centre of Excellence for Islamic Studies (NCEIS), University of Melbourne Australia, Prof. Abdullah Saeed. Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir.