Hubungan kecerdasan emosi dengan tekanan pelajar menghadapi pembelajaran secara atas talian semasa pandemik wabak Covid- 19

Pada tahun 2020, seluruh dunia digemparkan dengan wabak COVID--19. Penyebaran wabak ini menyebabkan segala perhubungan tergendala secara bersemuka. Manusia mula berhubungan secara atas talian termasuklah aktiviti pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan kecerdasan emosi d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mamat, Suzyliana, Alias, Atini, Abdullah, Norhasima, Wan Othman, Wan Norhayati, Yahya, Siti Aishah
Format: Article
Published: Penerbit KUIM 2023
Description
Summary:Pada tahun 2020, seluruh dunia digemparkan dengan wabak COVID--19. Penyebaran wabak ini menyebabkan segala perhubungan tergendala secara bersemuka. Manusia mula berhubungan secara atas talian termasuklah aktiviti pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan kecerdasan emosi dengan tekanan pelajar menghadapi pembelajaran secara atas talian semasa pandemik wabak COVID-19. Sampel kajian terdiri daripada 110 orang pelajarpelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Alor Gajah, Melaka dengan menggunakan teknik pensampelan mudah di mana keseluruhan populasi yang terlibat mempunyai peluang yang sama sebagai responden. Pengumpulan data adalah menggunakan aplikasi perisian komputer iaitu Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil analisis data adalah dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Set soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A Faktor Demografi, bahagian B Soal Selidik Kecerdasan Emosi dan bahagian C Soal Selidik Tekanan. Hasil kajian menunjukkkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan tekanan dalam kalangan pelajar iaitu nilai r= -.434, k