Analisis Pemilihan Program UPM di Kalangan Pemohon yang Ingin Memasuki Universiti / Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia

Kajian bertujuan untuk mengkaji pola pemilihan program-program yang ditawarkan oleh UPM di kalangan calon-calon yang ingin memasuki Universiti/Institusi Pengajian Tinggi. Kajian dikhususkan kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Markom, Mohd Nasir
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1993
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11104/1/FPP_L_1993_7.pdf
Description
Summary:Kajian bertujuan untuk mengkaji pola pemilihan program-program yang ditawarkan oleh UPM di kalangan calon-calon yang ingin memasuki Universiti/Institusi Pengajian Tinggi. Kajian dikhususkan kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang memohon masuk keprogram - program diploma, matrikulasi dan program ijazah.Kajian menggunakan data yang diambil secara rawak daripada senarai merit sesi 1992-93 yang merangkumi kedua-dua jenis peperiksaan,SPM dan STPM, aliran Sains dan aliran Sastera, Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Kajian dibantu oleh data-data yang diperolehi daripada Unit Pusat Universiti (UPU) meliputi jumlah permohonan masuk ke Universiti bagi tempoh lima tahun kebelakangan (1980/89- 1992/93). Data-data yang diperolehi dianalisa secara statistik am seperti peratusan dan purata. Hasil kajian mendapati bahawa jumlah permohonan ke UPM bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini adalah semakin berkurangan, meskipun jumlah permohonan ke Universiti-Universiti secara kesaluruhannya semakin meningkat.