Summary: | Program “Let’s Listen to Nature” memainkan peranan penting dalam menyelaraskan keperluan perubahan iklim dan memupuk kesedaran perlindungan alam sekitar dalam kalangan belia B40 dan pelajar universiti. Bagimenangani cabaran alam sekitar yang semakin kritikal, program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran eco-consciousness sejak awal usia melalui pendekatan pengajaran inovatif yang disesuaikan dengan pelajar moden. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan empati terhadap alam sekitar serta memotivasikan pelajar untuk menjadi agen perubahan yang proaktif. Program ini melibatkan pemindahan pengetahuan sains semula jadi melalui pendekatan peeragogi menggunakan pembelajaran interaktif, berasaskan challenge-based dan experiential learning dengan membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk merasai sendiri kesan perubahan iklim. Metodologi ini merangkumi pembelajaran berasaskan challenge-based dan experiential learning, menggalakkan kerjasama secara berpasukan dalam kalangan pelajar daripada pelbagaidisiplin seperti sains dan sains sosial. Program ini juga melibatkan kerjasama dengan universiti untuk memastikan pengajaran yang relevan dan terkini, serta memastikan pelajar dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Kajian menunjukkan bahawa program ini berjaya meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar tentang isu perubahan iklim. Pelajar yang mengambil bahagian menunjukkan peningkatan dalam kerja berpasukan dan kebolehan menyelesaikan masalah holistik. Program ini juga mendapat maklum balas positif daripada peserta yang menghargai pendekatan hands-on dan pengalaman langsung dengan alam semula jadi. Dengan melibatkan pelbagai deria, program ini memastikan impak yang berkekalan yang tidak boleh dicapai melalui buku teks sahaja. Pendekatan inovatif ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman tetapi juga memupuk empati dan rasatanggungjawab serta mendorong pelajar untuk menjadi agen perubahan yang proaktif. Kesimpulannya, program “Let’s Listen to Nature” telah terbukti berkesan dalam memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan belia B40 dan pelajar universiti. Ia menggabungkan pembelajaran amali, mendalami teknologi dan kerja berpasukan untuk mencipta generasi yang memahami kerumitan perubahan iklim dan bersedia untuk memperjuangkan penyelesaian yang mampan. Pendekatan inovatif dan kolaboratif ini memastikan impak yang berkekalan serta membantu membentuk masa depan yang lebih mampan.
|