Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28

SERDANG, 18 Mac – Seperti diduga, pemain hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan jaguh olahraga Norjannah Hafiszah Jamaludin dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) 2010 pada Anugerah Sukan UPM ke-28 di sini. Tengku Ahmad Tajuddin dan Norjan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11677/1/Ahmad_Tajuddin%2C_Norjannah_atlet_terbaik_UPM_ke-28.pdf
_version_ 1796968099976577024
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
collection UPM
description SERDANG, 18 Mac – Seperti diduga, pemain hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan jaguh olahraga Norjannah Hafiszah Jamaludin dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) 2010 pada Anugerah Sukan UPM ke-28 di sini. Tengku Ahmad Tajuddin dan Norjannah Hafiszah menerima anugerah tertinggi sukan dan hadiah wang tunai RM1,000 serta trofi daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Salleh Jaafar. Ahmad Tajuddin yang bersama membantu skuad hoki kebangsaan menggondol perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou bersyukur meraih anugerah itu yang menjadikan beliau pemain hoki kedua selepas Mohd. Sukri Abdul Mutalib menerima anugerah yang sama pada 2007. “Saya harap dapat meneruskan kecemerlangan dalam sukan dan akademik pada masa yang sama,” kata pelajar Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia yang turut membantu Kelab Hoki Kuala Lumpur menjuarai Liga Hoki Malaysia 2010 dan 2011. Bagi Norjannah, pengiktirafan itu merupakan satu lakaran sejarah yang tersendiri buat dirinya setelah berjaya melebur rekod kebangsaan berusia 21 tahun dalam acara 4x100m pada Kejohanan Olahraga di Poland Julai lalu. Pelajar Sarjana Muda Sumber Manusia berkata beliau akan memberi sepenuh tumpuan terhadap sukan olahraga selepas beliau menamatkan pengajian di UPM. "Saya bersyukur kerana kegigihan saya dihargai menerusi anugerah ini. Saya percaya tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan ini,'' katanya. Pemain hoki negara, Muhammad Razie Abdul Rahim dinobat sebagai Olahragawan Harapan manakala pemain tenpin bowling, Koh Suet Len memenangi anugerah Olahragawati Harapan. Anugerah Khas diberikan kepada sembilan atlet UPM iaitu Mohamad Akmal Amrun (lumba basikal), Lee Zhein Huey (renang irama), Chai Fong Wei (wushu), Loh Jack Chang (wushu), Hai Fong Ying (wushu), Leong Mun Yee (terjun) Razman Mat Ali (perahu layar), Cheah Like Hou (badminton) dan Nurfarah Afiqah Mohd Taufekh (menembak). Dalam majlis sama, pasukan hoki UPM turut menerima pengiktirafan Anugerah Pasukan Cemerlang ekoran kejayaan yang pasukan itu merangkul juara bagi acara hoki pada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2010.
first_indexed 2024-03-06T07:23:28Z
format UPM News
id upm.eprints-11677
institution Universiti Putra Malaysia
language English
Malay
last_indexed 2024-03-06T07:23:28Z
publishDate 2011
record_format dspace
spelling upm.eprints-116772013-05-27T07:49:39Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11677/ Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28 Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 18 Mac – Seperti diduga, pemain hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan jaguh olahraga Norjannah Hafiszah Jamaludin dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Putra Malaysia (UPM) 2010 pada Anugerah Sukan UPM ke-28 di sini. Tengku Ahmad Tajuddin dan Norjannah Hafiszah menerima anugerah tertinggi sukan dan hadiah wang tunai RM1,000 serta trofi daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Salleh Jaafar. Ahmad Tajuddin yang bersama membantu skuad hoki kebangsaan menggondol perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou bersyukur meraih anugerah itu yang menjadikan beliau pemain hoki kedua selepas Mohd. Sukri Abdul Mutalib menerima anugerah yang sama pada 2007. “Saya harap dapat meneruskan kecemerlangan dalam sukan dan akademik pada masa yang sama,” kata pelajar Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia yang turut membantu Kelab Hoki Kuala Lumpur menjuarai Liga Hoki Malaysia 2010 dan 2011. Bagi Norjannah, pengiktirafan itu merupakan satu lakaran sejarah yang tersendiri buat dirinya setelah berjaya melebur rekod kebangsaan berusia 21 tahun dalam acara 4x100m pada Kejohanan Olahraga di Poland Julai lalu. Pelajar Sarjana Muda Sumber Manusia berkata beliau akan memberi sepenuh tumpuan terhadap sukan olahraga selepas beliau menamatkan pengajian di UPM. "Saya bersyukur kerana kegigihan saya dihargai menerusi anugerah ini. Saya percaya tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan ini,'' katanya. Pemain hoki negara, Muhammad Razie Abdul Rahim dinobat sebagai Olahragawan Harapan manakala pemain tenpin bowling, Koh Suet Len memenangi anugerah Olahragawati Harapan. Anugerah Khas diberikan kepada sembilan atlet UPM iaitu Mohamad Akmal Amrun (lumba basikal), Lee Zhein Huey (renang irama), Chai Fong Wei (wushu), Loh Jack Chang (wushu), Hai Fong Ying (wushu), Leong Mun Yee (terjun) Razman Mat Ali (perahu layar), Cheah Like Hou (badminton) dan Nurfarah Afiqah Mohd Taufekh (menembak). Dalam majlis sama, pasukan hoki UPM turut menerima pengiktirafan Anugerah Pasukan Cemerlang ekoran kejayaan yang pasukan itu merangkul juara bagi acara hoki pada Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2010. 2011-03-18 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11677/1/Ahmad_Tajuddin%2C_Norjannah_atlet_terbaik_UPM_ke-28.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28. [UPM News] Malay
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28
title Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28
title_full Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28
title_fullStr Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28
title_full_unstemmed Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28
title_short Ahmad Tajuddin, Norjannah atlet terbaik UPM ke-28
title_sort ahmad tajuddin norjannah atlet terbaik upm ke 28
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11677/1/Ahmad_Tajuddin%2C_Norjannah_atlet_terbaik_UPM_ke-28.pdf
work_keys_str_mv AT universitiputramalaysiabahagiankomunikasikorporat ahmadtajuddinnorjannahatletterbaikupmke28