Kajian pelajar FPSK berpotensi hasilkan jurnal berimpak tinggi
SERDANG, 21 April – Kajian projek ilmiah tahun akhir pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) berpotensi menghasilkan jurnal berimpak tinggi yang mampu mengekalkan prestasi Research University (RU) UPM, kata Dekannya Prof. Norlijah Othman. “Hasil kajia...
Main Author: | |
---|---|
Format: | UPM News |
Language: | English Malay |
Published: |
2011
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12239/1/Kajian_pelajar_FPSK_berpotensi_hasilkan_jurnal_berimpak_tinggi.pdf |
Summary: | SERDANG, 21 April – Kajian projek ilmiah tahun akhir pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) berpotensi menghasilkan jurnal berimpak tinggi yang mampu mengekalkan prestasi Research University (RU) UPM, kata Dekannya Prof. Norlijah Othman.
“Hasil kajian itu dapat memupuk pesaingan sihat dan kemahiran dalam mempersembahkan hasil projek ilmiah tahun akhir dari setiap program sains kesihatan.
“Hasil penyelidikan dari pemenang wajar diakhiri dengan penerbitan jurnal di dalam atau di luar negara atau dikomersialkan jika produknya sesuai,” katanya ketika merasmikan Seminar Kajian Ilmiah Sains Kesihatan.
Seminar bagi pelajar tahun akhir itu merupakan kursus teras dalam syarat bergraduat bagi pelajar yang mengikuti Program Bacelor Sains FPSK iaitu Bacelor Bioperubatan, Bacelor Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Bacelor Pemakanan dan Kesihatan Komuniti serta Bacelor Kejururawatan.
Antara pembentangan lisan poster terbaik dalam seminar itu ialah ‘Vitamin D Intake And Sun Exposure Among Athletes In National Sports Institute’ oleh pelajar Bacelor Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Leong LW mengenai peranan vitamin D untuk kesihatan fizikal serta prestasi atlet.
“Kajian ini mengenalpasti pengambilan vitamin D, pendedahan kepada sinaran matahari dan jenis kulit untuk atlet bagi aktiviti indoor dan outdoor,” katanya.
Turut terpilih sebagai projek terbaik adalah ‘Comparative Analysis of the Bioavailability of BHMC and Curcumin in Rats’ oleh Lee Yu Zhao dari Bacelor Sains Bioperubatan, ‘Risk Assessment Of Exposure To Lead In Tap Water Among Residents Of Seri Kembangan’ oleh Lim Chee Siang dari Bacelor Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan serta ‘Stressors Among Mothers Whose Baby Was Admitted To Neonatal Intensive Care Unit’ oleh Hanizah Muhammad dari Bacelor Kejururawatan. |
---|