Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa

Keselamatan merupakan komponen penting bagi mengukur kesejahteraan pengguna termasuk golongan kanak-kanak dan merupakan petunjuk bagi kualiti dan kesejahteraan hidup bagi manusia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan pembelian barang permainan yang selamat untuk kanak-kanak dala...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sharif, Noor Syaizwanna
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12343/1/FEM_2010_2A.pdf
_version_ 1825945034302685184
author Sharif, Noor Syaizwanna
author_facet Sharif, Noor Syaizwanna
author_sort Sharif, Noor Syaizwanna
collection UPM
description Keselamatan merupakan komponen penting bagi mengukur kesejahteraan pengguna termasuk golongan kanak-kanak dan merupakan petunjuk bagi kualiti dan kesejahteraan hidup bagi manusia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan pembelian barang permainan yang selamat untuk kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan rentas dan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang sosio demografi dan sosio ekonomi, persepsi terhadap keselamatan barang permainan, sikap terhadap keselamatan barang permainan, tahap pengetahuan tentang keselamatan barang permainan, dan amalan pembelian barang permainan yang selamat. Kajian melibatkan 800 orang iaitu 286 bapa dan 514 ibu dengan purata umur 31 tahun dan purata pendapatan bulanan RM2,092.68. Responden kajian merupakan ibu bapa kepada kanak-kanak 3 tahun ke bawah yang dihantar ke pusat asuhan yang berdaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan Kuala Terengganu. Hasil kajian mendapati bahawa, persepsi terhadap keselamatan barang permainan dipengaruhi oleh cadangan pakar (56.5%) dan pengujian barangan (55.5%). Dapatan kajian mendapati sikap ibu bapa terhadap keselamatan barang permainan berada pada tahap positif (92.8%). Majoriti responden tidak mengetahui tanda keselamatan seperti tanda CE (74.9%), tanda layang-layang (66.5%) dan tanda singa (58%). Hasil ujian kolerasi Pearson menunjukkan angkubah umur, persepsi dan sikap terhadap keselamatan barang permainan mempunyai hubungan yang kuat dengan amalan pembelian barang permainan. Analisis regresi berganda mencatatkan nilai R2 iaitu 0.256 dan secara keseluruhannya daripada enam angkubah, tiga angkubah menerangkan sebanyak 25.6% varians dalam amalan pembelian barang permainan yang selamat. Kajian merumuskan bahawa, terdapat amalan pembelian barang permainan yang perlu dipraktikkan oleh ibu bapa semasa membeli seperti jaminan keselamatan, keselamatan fizikal, bahaya barang permainan, kesesuaian umur, pengujian dan ketahanan barang permainan. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan amalan pembelian barang permainan yang selamat di kalangan ibu bapa, pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, agensi pengujian barangan dan pihak industri perlu menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan barang permainan dengan lebih proaktif supaya keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah terjamin dan dilindungi.
first_indexed 2024-03-06T07:25:13Z
format Thesis
id upm.eprints-12343
institution Universiti Putra Malaysia
language English
Malay
last_indexed 2024-03-06T07:25:13Z
publishDate 2010
record_format dspace
spelling upm.eprints-123432013-05-27T07:51:46Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12343/ Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa Sharif, Noor Syaizwanna Keselamatan merupakan komponen penting bagi mengukur kesejahteraan pengguna termasuk golongan kanak-kanak dan merupakan petunjuk bagi kualiti dan kesejahteraan hidup bagi manusia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan pembelian barang permainan yang selamat untuk kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan rentas dan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang sosio demografi dan sosio ekonomi, persepsi terhadap keselamatan barang permainan, sikap terhadap keselamatan barang permainan, tahap pengetahuan tentang keselamatan barang permainan, dan amalan pembelian barang permainan yang selamat. Kajian melibatkan 800 orang iaitu 286 bapa dan 514 ibu dengan purata umur 31 tahun dan purata pendapatan bulanan RM2,092.68. Responden kajian merupakan ibu bapa kepada kanak-kanak 3 tahun ke bawah yang dihantar ke pusat asuhan yang berdaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan Kuala Terengganu. Hasil kajian mendapati bahawa, persepsi terhadap keselamatan barang permainan dipengaruhi oleh cadangan pakar (56.5%) dan pengujian barangan (55.5%). Dapatan kajian mendapati sikap ibu bapa terhadap keselamatan barang permainan berada pada tahap positif (92.8%). Majoriti responden tidak mengetahui tanda keselamatan seperti tanda CE (74.9%), tanda layang-layang (66.5%) dan tanda singa (58%). Hasil ujian kolerasi Pearson menunjukkan angkubah umur, persepsi dan sikap terhadap keselamatan barang permainan mempunyai hubungan yang kuat dengan amalan pembelian barang permainan. Analisis regresi berganda mencatatkan nilai R2 iaitu 0.256 dan secara keseluruhannya daripada enam angkubah, tiga angkubah menerangkan sebanyak 25.6% varians dalam amalan pembelian barang permainan yang selamat. Kajian merumuskan bahawa, terdapat amalan pembelian barang permainan yang perlu dipraktikkan oleh ibu bapa semasa membeli seperti jaminan keselamatan, keselamatan fizikal, bahaya barang permainan, kesesuaian umur, pengujian dan ketahanan barang permainan. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan amalan pembelian barang permainan yang selamat di kalangan ibu bapa, pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, agensi pengujian barangan dan pihak industri perlu menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan barang permainan dengan lebih proaktif supaya keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah terjamin dan dilindungi. 2010-01 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12343/1/FEM_2010_2A.pdf Sharif, Noor Syaizwanna (2010) Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Toys - Safety measures Physical education for children - Malaysia - Case studies Games - Malaysia Malay
spellingShingle Toys - Safety measures
Physical education for children - Malaysia - Case studies
Games - Malaysia
Sharif, Noor Syaizwanna
Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa
title Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa
title_full Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa
title_fullStr Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa
title_full_unstemmed Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa
title_short Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa
title_sort amalan pembelian barang permainan yang selamat untuk kanak kanak dalam kalangan ibu bapa
topic Toys - Safety measures
Physical education for children - Malaysia - Case studies
Games - Malaysia
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12343/1/FEM_2010_2A.pdf
work_keys_str_mv AT sharifnoorsyaizwanna amalanpembelianbarangpermainanyangselamatuntukkanakkanakdalamkalanganibubapa