Makmal Pembelajaran dan Penyelidikan Matematik: Konsep dan Reka Bentuk
Secara umum makmal matematik ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan akademik kepada pelajar agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalam kursus-kursus matematik yang diikuti. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti menyediakan tutorial, bahan rujukan...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English Malay |
Published: |
Institute for Mathematical Research
2008
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12458/1/artikel_9_vol1_no2.pdf |
Summary: | Secara umum makmal matematik ditubuhkan
bagi menyediakan perkhidmatan sokongan
akademik kepada pelajar agar mereka dapat
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
keyakinan dalam kursus-kursus matematik yang
diikuti. Perkhidmatan yang disediakan adalah
seperti menyediakan tutorial, bahan rujukan
tambahan dan mengakses laman web yang
bersesuaian. Bagaimanapun, fungsi makmal
matematik seperti ini agak terhad kerana ia tidak
membuka ruang bagi aktiviti penyelidikan
dijalankan sedangkan penyelidikan sangat
penting dalam menyediakan maklumat saintifik
yang diperlukan dalam usaha meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik.
Justeru, satu kajian telah dilakukan bagi
mengenal pasti konsep dan reka bentuk yang
sesuai bagi sebuah makmal matematik yang
menyediakan kemudahan pembelajaran dan
penyelidikan. Aktiviti penyelidikan merangkumi
lawatan, perbincangan, pemerhatian dan temu
bual dengan pensyarab di bidang matematik dan
pendidikan matematik dari dalam dan luar
negara. Data-data yang terdiri daripada transkrip
temubual, catatan lapangan, gambar foto dan
rakaman video telah dianalisis dan dapatannya
dipaparkan dan dibincangkan dalam kertas kerja
ini. |
---|