Kesejagatan novel Najib Al-Kilani : satu pengenalan.

Nama Najeb Mahfed tidak asing lagi bagi peminat novel, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Beliau merupakan pemenang hadiah nobel pada tahun 1998. Keadaan ini berbeza dengan Najeb Al-Keiene. Walaupun beliau merupakan seorang novelis yang berkebolehan, tetapi beliau tidak dikenali r...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hajimaming, Pabiyah
Format: Article
Language:English
Malay
Published: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15377/1/Kesejagatan%20novel%20Najib%20Al.xps
Description
Summary:Nama Najeb Mahfed tidak asing lagi bagi peminat novel, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Beliau merupakan pemenang hadiah nobel pada tahun 1998. Keadaan ini berbeza dengan Najeb Al-Keiene. Walaupun beliau merupakan seorang novelis yang berkebolehan, tetapi beliau tidak dikenali ramai seperti Najeb Mahfed, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Justeru, kajian ini akan cuba mengenengahkan beliau sebagai seorang novelis yang berbakat, di samping mampu mengungkap segala permasalahan yang dialami oleh masyarakat setempat khasnya dan Islam amnya. Dalam hal tersebut beliau menggunakan pendekatan Islam dalam menyelesaikan plot novel. Hal ini diakui sendiri oleh Najeb Mahfed. Najeb Al-Kilani juga adalah seorang yang telah menghasilkan teori sastera Islam dan telah menghasilkan lebih daripada 40 buah novel yang merangkumi semua aspek;sosial, sejarah, ekonomi dan politik. Novel-novel beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Perancis, Turki, Urdu, Parsi, Rusia, Cina dan Indonesia. Novel-novel beliau juga telah memenangi beberapa hadiah daripada pelbagai institusi seperti kementerian pendidikan dan pelajaran. Kebolehan beliau tidak sahaja terbatas dalam bidang novel, malah beliau juga banyak menghasilkan cerpen, puisi, drama dan tulisan ilmiah yang berbentuk kritikan dan esei.