Sahsiah dan jati diri Negara bangsa dalam manuskrip undang-undang pelabuhan Kedah.
Kajian ini bertujuan menjelaskan beberapa aspek penting dalam pembinaan sahsiah dan jati diri negara bangsa Melayu khususnya dan bangsa-bangsa lain di Malaysia amnya termasuklah melalui penggunaan bahasa dan tulisan Melayu (Jawi). Kajian ini adalah berdasarkan manuskrip undang-undang pelabuhan Kedah...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English Malay |
Published: |
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16608/1/Sahsiah%20dan%20jati%20diri%20Negara%20bangsa%20dalam%20manuskrip%20undang.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan menjelaskan beberapa aspek penting dalam pembinaan sahsiah dan jati diri negara bangsa Melayu khususnya dan bangsa-bangsa lain di Malaysia amnya termasuklah melalui penggunaan bahasa dan tulisan Melayu (Jawi). Kajian ini adalah berdasarkan manuskrip undang-undang pelabuhan Kedah yang dianggap sebagai undang-undang pelabuhan Melayu lama yang paling lengkap. Pelabuhan Kuala Kedah di Kedah dipercayai telah muncul sebagai pelabuhan terbesar di Nusantara pada abad ke-17 dan ke-18 Masihi selepas kejatuhan Melaka dan kemerosotan pelabuhan Banda, Aceh. Pada masa itu, pelabuhan ini telah menjadi tumpuan pedagang asing termasuk India, China dan Inggeris. Kemunculan pelabuhan Kuala Kedah sebagai pelabuhan terpenting di rantau ini telah mendorong kerajaan Kedah pada masa itu mengkanunkan undang-undang pelabuhannya sendiri. Oleh itu, penggunaan bahasa dan tulisan Melayu dalam Undang-undang Pelabuhan Kedah ini tentunya telah memperkasakan bahasa dan tulisan Melayu itu sendiri. Selain itu, terdapat beberapa aspek pembinaan jati diri lain yang telah dikenal pasti, iaitu penggunaan bismillah sebagai mukadimah, penggunaan tahun Melayu, perisytiharan negeri Islam serta penggunaan ayat al-Quran dan hadis. Aspek ini akan diberikan penjelasan dan dinilai sebagai aspek yang perlu dipertahankan dan diperkasakan dalam pembinaan sahsiah dan jati diri negara bangsa. |
---|