Sikap Guru Sains terhadap penggunaan teknologi komputer di makmal sains.

‘Sekolah Bestari’ dan ‘Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ merupakan dua program pelopor yang diperkenalkan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk meningkatkan proses pengintegrasian teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembekalan per...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shabudin, Shahril, Alwi, Nor Hayati, Atan, Hanafi, Wong, Su Luan
Format: Article
Language:Malay
Published: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia 2008
Description
Summary:‘Sekolah Bestari’ dan ‘Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ merupakan dua program pelopor yang diperkenalkan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk meningkatkan proses pengintegrasian teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembekalan perkakasan komputer seperti komputer riba dan projektor LCD ke sekolah–sekolah membuktikan kegigihan KPM dalam menggalakkan penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan guru–guru Sains dan Matematik negara ini. Sehubungan dengan itu, KPM juga merancang untuk memperkenalkan penggunaan teknologi komputer di makmal sekolah. Kajian ini dilakukan untuk meninjau sikap guru–guru sains di Negeri Sembilan terhadap penggunaan teknologi komputer di makmal sains sekolah. Hasil kajian mendapati bahawa guru–guru bersikap positif terhadap penggunaan teknologi komputer di makmal sains sekolah. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa pengaruh pengalaman mengguna komputer di rumah pada sikap terhadap teknologi komputer bergantung kepada sama ada guru menerima komputer riba atau tidak.