Tekanan kerja, motivasi dan kepuasan kerja tentera laut Armada Tentera Laut Diraja Malaysia

Kajian ini bertujuan menentukan perkaitan antara tekanan kerja dan motivasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan anggota Tentera laut di Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tambatan Pangkalan Lumut. Sampel kajian melibatkan 120 anggota Tentera laut yang dipilih melalui persampelan rawak berl...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Bokti, Nor Liyana, Abu Talib, Mansor
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16981/1/Tekanan%20kerja.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menentukan perkaitan antara tekanan kerja dan motivasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan anggota Tentera laut di Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tambatan Pangkalan Lumut. Sampel kajian melibatkan 120 anggota Tentera laut yang dipilih melalui persampelan rawak berlapis berkadar daripada tujuh buah kapal TLDM. Alat pengukuran bagi tekanan kerja, motivasi dan kepuasan kerja adalah melalui Quantitative Workload Scale, Task Evaluation Questionnaire dan Job Satisfaction Survey masingmasingnya. Hasil kajian menunjukkan, majoriti responden mempunyai tahap tekanan kerja (88%), motivasi (81%) dan kepuasan kerja (69%) yang sederhana. Selain itu, kajian ini juga mendapati kekerapan menjalani kerja luar mempunyai perkaitan yang signifikan dengan motivasi (r =.273, p≤.01) dan kepuasan kerja (r =.267, p≤.01). Kajian ini juga mendapati terdapat perkaitan antara tekanan kerja (r =-.344, p≤.01) dan motivasi (r =.457, p≤.01) dengan kepuasan kerja. Justeru itu, organisasi harus mempertingkat kesihatan psikologi anggota tentera dan meningkatkan motivasi melalui program penerapan semangat berpasukan selain daripada meningkatkan pengurusan sumber manusia dengan aplikasi Sistem Divisyen(pendekatan kaunseling kelompok). Keadilan dalam hak terhadap faedah sampingan dan penghargaan organisasi akan menjurus kepada kepuasan kerja. Di samping itu, organisasi harus mengurangkan konflik berhubung polisi organisasi dan memberikan kursus-kursus untuk peningkatan prestasi.