Summary: | PUTRAJAYA, 14 Sept – Selepas menyaksikan kejayaan pada tahun-tahun sebelumnya, Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi diberi kepercayaan menjadi tuan rumah pertandingan debat keamanan World Universities Peace Invitational Debate(WUPID 2011) yang akan bermula dari 17 hingga 21 Disember ini .
Pertandingan selama empat hari anjuran H&G Strategic Communications Sdn. Bhd. (H&G) itu bakal menampilkan 60 pendebat dari 30 universiti antarabangsa antaranya University of Sydney, Australia , University of Oxford, England, University of Cambridge, England, Harvard University, Amerika Syarikat, University of St. Andrews, Scotland dan Queen University, Kanada.
|