Tuanku Canselor Mahu Graduan UPM Jadi Rebutan

SERDANG, 15 Okt – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah bercita-cita melihat graduan UPM menjadi rebutan pasaran disebabkan kualiti pembelajarannya. “Justeru, para pensyarah perlu mendidik graduan dengan dedikasi yang tinggi untuk memastikan kualiti gradua...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18578/1/Tuanku_Canselor_Mahu_Graduan_UPM_Jadi_Rebutan.pdf
Description
Summary:SERDANG, 15 Okt – Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah bercita-cita melihat graduan UPM menjadi rebutan pasaran disebabkan kualiti pembelajarannya. “Justeru, para pensyarah perlu mendidik graduan dengan dedikasi yang tinggi untuk memastikan kualiti graduan UPM memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” titah baginda pada hari pertama Majlis Konvokesyen UPM Ke-35 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini. Tuanku Canselor bertitah, untuk mencapai cita-cita itu UPM harus memfokuskan kepada kualiti pembelajaran dan pembangunan modal insan pelajar selain memantapkan penyelidikan yang membawa manfaat kepada masyarakat di sekeliling. Baginda mahu melihat UPM menjadi universiti terunggul dalam pendidikan dan penyelidikan bukan sahaja di negara ini malah mampu bersaing dengan universiti-universiti lain bertaraf dunia.