Penyediaan dan pencirian karbon aktif

Ringkasan kepada kerja-kerja penyediaan dan pencirian karbon aktif yang dijalankan di Universiti Pertanian Malaysia dibentangkan. Kaedah penyediaan karbon aktif daripada tempurung kelapa dan tempurung kelapa sawit dibincangkan. Keseluruhan proses penyediaan dilakukan dalam vakum. Suhu dan jangka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Badri, M., Crouse, Karen A.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 1990
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18652/1/ID%2018652.pdf
Description
Summary:Ringkasan kepada kerja-kerja penyediaan dan pencirian karbon aktif yang dijalankan di Universiti Pertanian Malaysia dibentangkan. Kaedah penyediaan karbon aktif daripada tempurung kelapa dan tempurung kelapa sawit dibincangkan. Keseluruhan proses penyediaan dilakukan dalam vakum. Suhu dan jangkamasa penyediaan optima telah ditentukan bagi kedua-dua sumber. Keputusan kajian ke atas sifat-sifat fizik dan kimia karbon aktif serta penggunaannya dilaporkan. Kajian tersebut termasuk kekonduksian karbon dan karbon terdop dan penentuan bahan kotoran asli dalam karbon, kajian dan perubahan kumpulan berfungsi pada permukaan, jerapan dan pengaliran air dan larutan akuas dalam liang-liang dan keupayaan elektrik permukaan. Penggunaan kepingan karbon aktif sebagai simpangan berliang dan sebagai mangkin dalam tindak balas penurunan Fe(III) kepada Fe(II) dalam keadaan komplek tiosianat juga dibincangkan. Analisis terhadap pemerhatian dan sukatan dibuat dengan mengambil kira sifat amorfos karbon aktif dengan liang-liangnya yang dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan berfungsi organik.