Summary: | Bubu adalah merupakan satu alat yang boleh diusahakan di laut jauh,
di dalam Zon Ekonomi Eksklusif. la dipilih berdasarkan beberapa ciri kebaikannya
yang tidak merosakkan sumber dan akan berterusan selama-lamanya.
Bot nelayan bubu sekarang adalah kecil dengan kebanyakannya mempunyai enjin kira-kira di antara 37 hingga 60 kuasa kuda sahaja. Ianya
boleh ditingkatkan kepada bot yang lebih besar sedikit dengan enjin kira-kira
120 Kuasa Kuda. Ini akan lebih laju, lasak dan berkesan lagi dan
keadaan ini dijangka akan memudahkan nelayan pada masa akan datang. Keuntungan
bersih untuk bot-bot sekarang dikira kuranglebih $49,610
setahun dengan pendapatan bersih kepada tuanpunya, taikong dan awak-awak
sebanyak masing-masing $2,756, $620 dan $344.50 sebulan. Sekiranya
bot-bot yang lebih besar digunakan iaitu panjang 20 meter, lebar 5
meter dan dalamnya 3 meter dengan enjin diantara 100 - 120 Kuasa
Kuda, keuntungan bersih tahunan akan bertambah kepada $73,105 dengan
pendapatan, tuanpunya, taikong dan awak-awak masing-masing sebanyak $3,655,
$914 dan $508 sebulan. Ini merupakan penambahan pendapatan bersih sebanyak
47.5% kepada nelayan dan 32.6% kepada tuanpunya. Untuk mendapat
keuntungan yang lebih dan untuk mendapat kembali modal yang dilaburkan
dengan cepat, bot-bot tersebut hendaklah menggunakan alat-alat tradisional
lain bersama-sama bot itu seperti pancing, pukat hanyut atau rawai.
|