Summary: | KUALA LUMPUR – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Saw Ting Yik mendapat tempat kedua dalam pertandingan 2012 Accenture Asia Pacific Oil & Gas Forum Essay Competition baru-baru ini.
Esei pelajar Bacelor Sains Kejuruteraan Kimia yang bertajuk, Future Trend Overview & Value Chain Analysis telah meraih wang tunai sebanyak RM1,000 menjelaskan mengenai isu masa depan landskap tenaga yang tidak menentu akan mengakibatkan isi bumi mengalami kerosakan serius.
“Saya percaya tenaga biofuel dan solar mampu menampung masalah ini kerana sumber itu boleh diperbaharui. Saya berharap jasa baik kerajaan untuk memberi sokongan dan galakan kepada industri ini,” katanya.
Tujuan utama pertandingan yang bertemankan Energy in Malaysia. What’s next? itu ialah untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah sumber semulajadi di Malaysia yang dipercayai semakin berkurangan pada era ini.
|