Peranan UPM lebih meluas

SERDANG, Khamis - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia, selaras pembabitan meluasnya dalam bidang sains dan teknologi. Perdana Menteri berkata, nama baru itu juga dipilih kerana lokasinya bersebelahan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Berita Harian, Radzi Wahab
Format: Newspaper
Language:English
Malay
Published: 1997
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/1915/2/Peranan%20UPM%20lebih%20meluas.pdf
_version_ 1825943427824484352
author Berita Harian, Radzi Wahab
author_facet Berita Harian, Radzi Wahab
author_sort Berita Harian, Radzi Wahab
collection UPM
description SERDANG, Khamis - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia, selaras pembabitan meluasnya dalam bidang sains dan teknologi. Perdana Menteri berkata, nama baru itu juga dipilih kerana lokasinya bersebelahan Putrajaya, pusat pentadbiran baru kerajaan yang terletak dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Malah, katanya, nama baru institusi pengajian tinggi itu juga turut mengambil nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra. "Walaupun namanya sudah berubah, kita masih tetap mengekalkan nama singkatannya, UPM kerana ia sudah sebati dengan rakyat. "Malah, Putra juga bermakna rakyat yang muda dan remaja," katanya ketika berucap di Majlis Dialog Bersama Pelajar dan Kakitangan UPM sempena lawatan seharinya di universiti itu. Pengumuman Perdana Menteri itu turut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 3,000 pelajar dan kakitangan universiti yang memenuhi Dewan Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pertanian, Datuk Dr Sulaiman Daud dan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Syed Jalaludin Syed Salim. Dr Mahathir berkata, nama universiti itu perlu ditukar kerana peranannya bukan lagi tertumpu kepada bidang pertanian semata-mata, sebaliknya melakukan penyelidikan dan pembangunan bidang sains dan teknologi seperti teknologi maklumat dan multimedia. "Saya harap penukaran nama itu akan menjadi pendorong kepada mereka di UPM untuk terus bekerja keras bagi memajukan universiti ini serta negara," katanya. Beliau bangga dengan kemajuan dicapai UPM, terutama melalui bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang sudah banyak menghasilkan barangan melalui pengeluaran unik. Pada masa ini, 60 peratus daripada lebih 23,000 pelajar universiti itu menuntut dalam bidang sains dan selebihnya di dalam bidang sastera dan sains sosial. Tahun lalu sahaja, UPM meraih Anugerah Institusi Penyelidikan dan Pembangunan Yang Terbaik di Malaysia, Anugerah Pengurusan Khas Teknologi Maklumat dan Anugerah Pencapaian Teknologi Maklumat Persatuan Industri Komputer Malaysia (Pikom). Perdana Menteri berkata, walaupun sebahagian besar ekonomi Malaysia kini bukan lagi berasaskan pertanian, kegunaan hasil sektor pertanian dalam industri tidak harus dilupakan. Dalam era tekonologi maklumat sekarang, teknologi itu perlu digunakan bagi meningkatkan lagi hasil pertanian. Katanya, ini penting kerana pada masa akan datang, hasil pertanian akan dikeluarkan oleh sebilangan kecil tenaga pekerja tetapi perlu mampu menampung keperluan masyarakat dalam industri lain. Terdahulu, Dr Mahathir diberi taklimat mengenai pembangunan UPM oleh Prof Dr Syed Jalaludin. Perdana Menteri juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara UPM dan Technology Resources Industries Bhd (TRI) bagi penubuhan Post Graduate School of Management (Sekolah Pengurusan Lepas Ijazah). Pengerusi TRI, Tan Sri Tajudin Ramli, mewakili TRI, manakala UPM diwakili Dr Syed Jalaludin.
first_indexed 2024-03-06T06:56:36Z
format Newspaper
id upm.eprints-1915
institution Universiti Putra Malaysia
language English
Malay
last_indexed 2024-12-09T02:16:00Z
publishDate 1997
record_format dspace
spelling upm.eprints-19152024-10-02T14:11:03Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/1915/ Peranan UPM lebih meluas Berita Harian, Radzi Wahab SERDANG, Khamis - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia, selaras pembabitan meluasnya dalam bidang sains dan teknologi. Perdana Menteri berkata, nama baru itu juga dipilih kerana lokasinya bersebelahan Putrajaya, pusat pentadbiran baru kerajaan yang terletak dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Malah, katanya, nama baru institusi pengajian tinggi itu juga turut mengambil nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra. "Walaupun namanya sudah berubah, kita masih tetap mengekalkan nama singkatannya, UPM kerana ia sudah sebati dengan rakyat. "Malah, Putra juga bermakna rakyat yang muda dan remaja," katanya ketika berucap di Majlis Dialog Bersama Pelajar dan Kakitangan UPM sempena lawatan seharinya di universiti itu. Pengumuman Perdana Menteri itu turut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 3,000 pelajar dan kakitangan universiti yang memenuhi Dewan Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Pertanian, Datuk Dr Sulaiman Daud dan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Syed Jalaludin Syed Salim. Dr Mahathir berkata, nama universiti itu perlu ditukar kerana peranannya bukan lagi tertumpu kepada bidang pertanian semata-mata, sebaliknya melakukan penyelidikan dan pembangunan bidang sains dan teknologi seperti teknologi maklumat dan multimedia. "Saya harap penukaran nama itu akan menjadi pendorong kepada mereka di UPM untuk terus bekerja keras bagi memajukan universiti ini serta negara," katanya. Beliau bangga dengan kemajuan dicapai UPM, terutama melalui bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang sudah banyak menghasilkan barangan melalui pengeluaran unik. Pada masa ini, 60 peratus daripada lebih 23,000 pelajar universiti itu menuntut dalam bidang sains dan selebihnya di dalam bidang sastera dan sains sosial. Tahun lalu sahaja, UPM meraih Anugerah Institusi Penyelidikan dan Pembangunan Yang Terbaik di Malaysia, Anugerah Pengurusan Khas Teknologi Maklumat dan Anugerah Pencapaian Teknologi Maklumat Persatuan Industri Komputer Malaysia (Pikom). Perdana Menteri berkata, walaupun sebahagian besar ekonomi Malaysia kini bukan lagi berasaskan pertanian, kegunaan hasil sektor pertanian dalam industri tidak harus dilupakan. Dalam era tekonologi maklumat sekarang, teknologi itu perlu digunakan bagi meningkatkan lagi hasil pertanian. Katanya, ini penting kerana pada masa akan datang, hasil pertanian akan dikeluarkan oleh sebilangan kecil tenaga pekerja tetapi perlu mampu menampung keperluan masyarakat dalam industri lain. Terdahulu, Dr Mahathir diberi taklimat mengenai pembangunan UPM oleh Prof Dr Syed Jalaludin. Perdana Menteri juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara UPM dan Technology Resources Industries Bhd (TRI) bagi penubuhan Post Graduate School of Management (Sekolah Pengurusan Lepas Ijazah). Pengerusi TRI, Tan Sri Tajudin Ramli, mewakili TRI, manakala UPM diwakili Dr Syed Jalaludin. 1997-04-04 Newspaper NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/1915/2/Peranan%20UPM%20lebih%20meluas.pdf Berita Harian, Radzi Wahab Peranan UPM lebih meluas. (4 April 1997), (Call Number: L 1997 4) Malay
spellingShingle Berita Harian, Radzi Wahab
Peranan UPM lebih meluas
title Peranan UPM lebih meluas
title_full Peranan UPM lebih meluas
title_fullStr Peranan UPM lebih meluas
title_full_unstemmed Peranan UPM lebih meluas
title_short Peranan UPM lebih meluas
title_sort peranan upm lebih meluas
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/1915/2/Peranan%20UPM%20lebih%20meluas.pdf
work_keys_str_mv AT beritaharianradziwahab perananupmlebihmeluas