Eksotoksin Pseudomonas pseudomallei dan diagnos Melioidosis dalam biri-biri.

Eksotoksin maut dan juga hemolisin P.pseudomallei yang telah ditulenkan daripada filtrat kultur pertumbuhan patogen ini telah digunakan untuk mengesan antibodi antitoksin dan antihemolisin dalam serum haiwan malalui kaedah ELISA. Sejumlah 606 sampel serum daripada biri-biri dan kambing telah diuji u...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Embi, Noor, Siti Rohana, Mohamed, Rahmah, S. Mohamed, Sharifah Hamidah, Saad, Zamri, Osman, Anuar, Ismail, Ghazally
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Malay
Published: 1989
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19798/1/ID%2019798.pdf
Description
Summary:Eksotoksin maut dan juga hemolisin P.pseudomallei yang telah ditulenkan daripada filtrat kultur pertumbuhan patogen ini telah digunakan untuk mengesan antibodi antitoksin dan antihemolisin dalam serum haiwan malalui kaedah ELISA. Sejumlah 606 sampel serum daripada biri-biri dan kambing telah diuji untuk kehadiran antibodi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa hampir 50% daripada 346 sampel serum biri-biri daripada ladang yang dipercayai terinfeksi P.pseudomallei mempunyai titer antitoksin (>100). Aras titer antibodi antitoksin >100 dicerap bagi 64% daripada 130 sampel serum kambing. Sebaliknya hanya 11% daripada 130 sampel serum biri-biri dari ladang yang dipercayai bebas melioidosis mempunyai titer >100. Ujian kehadiran antibodi antihemolisin ke atas sampel-sampel serum di atas,menunjukkan profil aras titer yang hampir serupa dengan profil titer antitoksin. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa titer antibodi antitoksin atau antihemolisin adalah tiggi dalam serum haiwan dari ladang-ladang yang dianggap terinfeksi dengan P.pseudomallei berbandingkan dengan serum haiwan dari ladnag yang dianggap bebas melioidosis. Dengan menggunakan kaedah ELISA bertanding,ujian ke atas 22 serum biri-biri menunjukkan kehadiran eksotoksin (6.5-46ug/ml) dalam 11 daripada 17 serum yang mempunyai titer antitoksin (>100) manakala tiada eksotoksin dikesan dalam kelima-lima serum yang negatif untuk titer antitoksin. Kajian awal menunjukkan bahawa pengesanan eksotoksin melalui ELISA berpotensi diwujudkan sebagai ujian serologi yang berkesan dalam diagnosis melioidosis.