Islam Hadhari dalam kurikulum pembelajaran kursus umum universiti (TITAS dan hubungan etnik) : satu kajian di UPM

Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak 2004 bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih komprehensif tentang Islam kepada setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari ini adalah berpaksikan kepada sepuluh prinsip yang menekankan penghayalan nilai-nilai moral, e...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ab. Halim, Adlina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20080/1/ID%2020080.pdf
Description
Summary:Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak 2004 bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih komprehensif tentang Islam kepada setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari ini adalah berpaksikan kepada sepuluh prinsip yang menekankan penghayalan nilai-nilai moral, etika, jasmani, spiritual dan lain-lain. Selaras dengan hasral kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan gemilang, pendekatan Islam Hadhari ini juga telah diserap ke dalam kurikulum pembelajaran diperingkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), iaitu melalui kursus TITAS dan HUbungan Etnik. Kedua-dua kursus ini merupakan antara senarai kursus-kursus umum universiti dan diwajibkan kepada seluruh pelajar di IPTA. Justeru, kertas ini bertujuan melihat senario pendekatan Islam Hadhari dalam kurikulum pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan HUbungan Etnik di UPM secara khususnya. Persampelan melibatkan satu ribu pelajar sebagai responden dan tahap kefahaman mereka tentang Islam Hadhari telah diukur melalui metod survei dengan menggunakan alat instrumen yang alphanya adalah .807 - .907. Dapatan kajian mencadangkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara pengetahuan dan persepsi mereka tentang Islam Hadhari.