Penggubalan instrumen kajian Exit Survey pelajar tahun akhir

Sebagai sebuah universiti yang mapan, UPM sentiasa peka perkhidmatan yang ditawarkan. Pandangan bakal graduan sebagai pihak berkepentingan sentiasa diambil kira bagi menambahbaik perkhidmatan yang diberikan. Untuk tujuan tersebut UPM pada setiap akhir sesi pengajian akan menjalankan kajian Ex...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Konting, Mohd Majid, Mohayidin, Mohd Ghazali, Suandi, Turiman, Kamaruddin, Norfaryanti, Man, Nor Azirawani, Abdullah, Siti Norziah, Adam, Azura
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20283/1/ID%2020283.pdf
Description
Summary:Sebagai sebuah universiti yang mapan, UPM sentiasa peka perkhidmatan yang ditawarkan. Pandangan bakal graduan sebagai pihak berkepentingan sentiasa diambil kira bagi menambahbaik perkhidmatan yang diberikan. Untuk tujuan tersebut UPM pada setiap akhir sesi pengajian akan menjalankan kajian Exit Survey yang bel\ujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan bakal graduan terhadap aspek suasana pembelajaran di UPM yang merangkumi aspek pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan kemudahan yang disediakan. Di samping itu, ianya juga untuk mengenal pasti tahap pencapaian ciri-ciri kualiti graduan UPM khususnya berdasarkan hasil pembelajaran Kementerian Pengajian Tinggi. Kerlas ini menerangkan penggubalan instrumen bagi kajian Exit Survey untuk pelajar tahun akhir. Data dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar melalui fakulti. Borang soal selidik ini mengandungi 100 item (97 soalan terlutup dan 3 soalan terbuka) yang dibahagikan kepada lima bahagian. Seramai 1,823 bakal graduan pada Semester II 2006/2007 dijadikan sampel. Hasil kajian mendapati, pada keseluruhannya instrumen yang digubal sesuai untuk menilai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh UPM. Dapatan kajian dibincangkan dengan dalam kertas ini.