Summary: | Bagi memastikan pelajar di
UPM menguasai kemahiran insaniah (KI)
'Moral dan Etika Profesional' (MEP), maka
maklumat tentang KI ini dalam kalangan
pelajar baharu di UPM diperlukan bagi
memastikan program intervensi yang sesuai
dapat dilaku.kan dengan berkesan. Untuk itu,
satu kajian berkaitan tetah dijalankan pada
Minggu Orientasi Semester 1, 2007-08 UPM.
Lebih khusus, kajian ini bertujuan meneliti
sama ada terdapat perbezaan penguasaan
KI MEP, dalam kalangan petajar baharu itu,
berdasarkan latar belakang mereka dari segi
etnik, jenis kelayakan masuk, jurusan
pengajian mereka di UPM, dan penglibatan
mereka dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Kajian ini menggunakan instrumen
penaksiran Kemahiran Insaniah (KI) Awalan
yang berbentuk psikometrik. Instrumen ini
mengandungi 15 item berkaitan dengan
subelemen 1 dan sUbelemen 2, iaitu dua
subelemen MEP. Respon pelajar adalah
berdasarkan tahap persetujuan mengikut
skala Likert empat mata. Seramai 234 pelajar
Tingkatan Enam, Kolej Matrikulasi dan Asasi
Sains telah terlibat dalam kajian rintis, dan
nilai indeks kebolehpercayaan instrumen bagi
15 item untuk elemen KI MEP itu ialah 0.78.
Bagi kajian sebenar, jumlah 4281pelajar
baharu UPM kampus Serdang Semester 1,
2007-08 telah terlibat. Dapatan menunjukkan
pelajar baharu UPM berkenaan mempunyai
penguasaan Kl MEP sederhana tinggi, iaitu
min=3.23 bagi subelemen EM 1 dan
min=3.13 bagi subelemen EM 2.
|