Summary: | Kementerian Pengajian Tinggi
berhasrat agar para graduan menguasai
Kemahiran Insaniah (KI). Daripada tujuh
elemen KI, terdapat 34 sub-elemen yang
mana 16 daripadanya adalah Kemahiran
Insaniah Mesti (KIM) dan 18 adalah
Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT).
Maklumat awal prestasi KI pelajar baharu
perlu diperoleh bagi memastikan program
intervensi yang sesuai dapat dHakukan
dengan berkesan sepanjang pengajian
mereka. Satu set penaksiran KI peringkat awal
kemasukkan, pertengahan dan akhir
pengajian perlu dibangunkan. Selaras dengan
keperluan ini, Universiti Putra Malaysia (UPM)
telah membangunkan instrumen bagi
menaksir penguasaan KI pelajar pada
peringkat awal kemasukan. Instrumen ini
digubal berasaskan persepsi pelajar baharu
terhadap 16 sub-elemen Kemahiran Insaniah
Mesti (KIM). Penggubalan instrumen bagi
setiap satu daripada tUjuh elemen dHakukan
oleh sekumpulan pensyarah dalam bidang
berkaitan daripada pelbagai fakulti di UPM.
Instrumen ini dikaji rintis bagi menentusahkan
kepada tiga kelompok sampel iaitu pelajar
tingkatan enam atas, pelajar matrikulasi dan
pelajar asasi sains. HasH kajian menunjukkan
instrumen yang asalnya mengandungi 102
item berbentuk skala Likert 4 mata ini
mempunyai indeks kebolehpercayaan
Cronbach Alpha keseluruhan 0.70. Instrumen
ini dimurnikan dan 95 item digunakan dengan
indeks kebolehpercayaan 0.94. Penaksiran KI
4,281 pelajar baharu kemasukan Sesi
2007/2008 dijalankan pada Minggu Suaikenal.
HasH kajian mendapati pelajar baharu
mempunyai tahap KIM keseluruhan yang
sederhana tinggi (min = 3.07) dengan min
setiap eleman antara 2.92 hingga 3.17. Ujian
t-rest dan ANOVA menunjukkan wujudnya
perbezaan tahap penguasaan KI berdasarkan
faktor kelayakan masuk, keanggotaan dalam
persatuan, unit beruniform dan badan
akademik di sekolah serta kelompok bidang
pengajian yang mereka ikuti di UPM.Namun
tidak terdapat perbezaan penguasaan KI mengikut jantina dan keaktifan penglibatan
dalam sukan. Program intervensi yang sesuai
dan berkesan perlu dilakukan secara
bersepadu bagi memastikan setiap pelajar
menguasai bukan sahaja Kemahiran Insaniah
Mesti malah Kemahiran Insaniah Tambahan
sebelum mereka bergraduat.
|