Penggunaan Racun Serangga secara Selektif untuk mengawal kumbang labu, Aulacophora Foveicollis Lucas

Satu percubaan di ladang telah dijalankan di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang untuk menilai kesan dua cara menggunakan racun serangga bagi pengawalan kumbang labu, Aulacophora foveicollis Lucas. Menggaul tanah dengan racun pepasir carbofuran (3% bahan aktif) dengan kadar 1.1 kg/ha atau 2.2...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hussein, Mohd Yusof, Salimi, Jamaluddin
Format: Article
Language:English
Malay
Published: 1982
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/2166/1/Penggunaan_Racun_Serangga_secara_Selektif_untuk_mengawal.pdf
Description
Summary:Satu percubaan di ladang telah dijalankan di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang untuk menilai kesan dua cara menggunakan racun serangga bagi pengawalan kumbang labu, Aulacophora foveicollis Lucas. Menggaul tanah dengan racun pepasir carbofuran (3% bahan aktif) dengan kadar 1.1 kg/ha atau 2.2 kg/ha menghasilkan 50% lebih rendah kerosakan pada daun yang dilakukan oleh kumbang-kumbang dewasa 70 hari selepas percambahan berbanding dengan cara menyembor anak-benih setiap minggu dengan carbaryl (85% W.P.). Juga, pokok-pokok labu yang hidup atas tanah yang telah dirawat dengan carbofuran mengalami 58% (1.1 kg/ha) dan 83% (2.2 kg/ha) lebih rendah kematian pokok 70 hari selepas percambahan dibandingkan dengan pokok-pokok yang menerima semburan carbaryl setiap minggu. Keputusan-keputusan telah membuktikan bahawa penggunaan racun serangga secara selektif telah menghasilkan kawalan yang lebih tinggi dan dianggap selamat kepada serangga-serangga berguna. Kesesuaian cara rawatan tanah dalam program pengurusan perosak bersepadu bagi A. foveicollis dibincangkan.