Pendayaupayaan belia melalui pendekatan kerja sosial

Kenyataan bahawa belia adalah masalah dan mangsa dalam masyarakat telah menghalang komuniti dari melihat belia sebagai warganegara yang kompeten dan boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada kehidupan sivik (Strom, Oguinick & Singer, 1995). Apabila belia digambarkan sebegini dan tidak diberik...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sabri, Bukryman, Amin, Samir Muhazzab
Format: Article
Published: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 2011
Description
Summary:Kenyataan bahawa belia adalah masalah dan mangsa dalam masyarakat telah menghalang komuniti dari melihat belia sebagai warganegara yang kompeten dan boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada kehidupan sivik (Strom, Oguinick & Singer, 1995). Apabila belia digambarkan sebegini dan tidak diberikan perhatian maka mereka melihat bahawa peranan sosial yang perlu dilaksanakan adalah kecil sahaja dan kesesuaian hubungan kehidupan mereka kepada skala sosial, politik dan ekonomi juga dipersoalkan. Walau bagaimanapun, jika komuniti melihat “belia sebagai sumber”, maka belia akan dilihat sebagai generasi muda yang kompeten dan mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam pembuatan keputusan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka serta mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada komuniti. Hancock (1994) menyatakan: “Penyertaan belia yang aktif adalah amat penting dalam menjana semula dan melestarikan kehidupan sivik dalam masyarakat. Melalui pembangunan kemahiran dalam aspek kolaborasi dan kepimpinan, dan mengaplikasikan kapasiti-kapisiti ini kepada peranan yang lebih berkesan dalam masyarakat, belia boleh memainkan peranan utama dalam menangani isu-isu sosial yang memberikan kesan kepada kehidupan mereka dan generasi masa depan.” Sari utama pandangan ini adalah agar belia membina jati diri dengan “melakukan perubahan” dengan memberikan mereka faedah-faedah nyata dan membangunkan komuniti yang lebih sihat.