Summary: | SERDANG, 12 Jun (UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) hargai sumbangan seluruh warga kerjanya dengan mengadakan anugerah khas untuk pekerja terbaik pada sambutan Hari Pekerja Peringkat UPM 2013 di sini hari ini.
Sambutan itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan bagi menghargai sumbangan pekerja kepada kecemerlangan UPM disamping mengeratkan semangat kerjasama dan pemuafakatan antara pihak pengurusan dan pihak pekerja.
Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan, dalam ucapannya, berkata sambutan Hari Pekerja merupakan wadah bagi menghargai sumbangan seluruh warga pekerja dalam memacu pembangunan negara ke arah kemajuan dan kemakmuran.
|