Tiga pensyarah UPM menang Anugerah Akademik Negara 2011 & 2012

Putrajaya, 21 Ogos (UPM) - Universiti Putra Malaysia berjaya meraih tiga anugerah di Anugerah Akademik Negara (AAN) 2011 & 2012 yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin di Hotel Marriott, Putrajaya, malam tadi. Anugerah tahunan anjuran Kementerian Pendidi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26502/1/Tiga%20pensyarah%20UPM%20menang%20Anugerah%20Akademik%20Negara%202011%20%26%202012.pdf
Description
Summary:Putrajaya, 21 Ogos (UPM) - Universiti Putra Malaysia berjaya meraih tiga anugerah di Anugerah Akademik Negara (AAN) 2011 & 2012 yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin di Hotel Marriott, Putrajaya, malam tadi. Anugerah tahunan anjuran Kementerian Pendidikan itu merupakan pengiktirafan tertinggi pihak kerajaan kepada ahli akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dalam bidang masing-masing yang telah memberi sumbangan yang tinggi dan cemerlang kepada perkembangan pendidikan dan pembangunan negara. Pensyarah UPM yang telah menerima anugerah itu ialah: * Prof. Dr. Mohd Hair bin Bejo, Dekan Fakulti Perubatan Veterinar (Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk) * Prof. Dr. Mohd Adzir Mahdi, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Kejuruteraan ( Anugerah Ahli Akademik Harapan), dan * Dr. Joanne Yeoh Pei Sze, Ketua Jabatan Muzik Fakulti Ekologi Manusia (Anugerah Seni Dan Kreativiti - Kelompok Seni Persembahan)