Summary: | SERDANG, 4 Sept ((UPM) – Universiti Putra Malaysia (UPM) mengalu-alukan 3,291 pelajar baharu hari ini dan menawarkan potongan yuran sebanyak RM300 untuk membeli sebuah basikal baharu sebagai sebahagian daripada langkah universiti mewujudkan sebuah kampus hijau.
Perkara ini diumumkan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan dalam ucapan alu-aluan beliau kepada pelajar-pelajar sesi 2013/2014 sebelum mereka mengucapkan ikrar melancarkan minggu perkasa mereka.
Beliau berkata kempen kampus hijau dilancarkan oleh Jabatan Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni meliputi kempen penggunaan basikal, Etika Penampilan Pelajar (etika pakaian sempurna) dan penggunaan sifar beg plastik polisterin di dalam kampus.
|