Pelajar sains UPM juara cabaran berniaga syarikat gergasi Procter & Gamble

SERDANG, 9 Sept (UPM) – Walaupun Nor Aslinda binti Abdul Rahman mengikuti pengajian Petrokimia namun beliau terbukti juga cekap dalam selok belok perniagaan apabila muncul juara dalam satu pertandingan anjuran Procter & Gamble, sebuah syarikat gergasi multi-nasional Amerika yang mengeluarkan se...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Malay
Published: Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/26508/1/Pelajar%20sains%20UPM%20juara%20cabaran%20berniaga%20syarikat%20gergasi%20Procter%20%26%20Gamble.pdf
Description
Summary:SERDANG, 9 Sept (UPM) – Walaupun Nor Aslinda binti Abdul Rahman mengikuti pengajian Petrokimia namun beliau terbukti juga cekap dalam selok belok perniagaan apabila muncul juara dalam satu pertandingan anjuran Procter & Gamble, sebuah syarikat gergasi multi-nasional Amerika yang mengeluarkan sejumlah besar barangan pengguna. Aslinda, 21, berasal dari Batu Pahat dijadual akan memulakan pengajian tahun ketiga untuk ijazah Bacelor dari Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia semester akan datang Persoalannya bagaimana seorang pelajar sains boleh melibatkan diri dalam satu pertandingan bidang perniagaan dianjurkan oleh syarikat pembuat barangan seperti kosmetik, sabun pencuci, ubat-ubatan dan lampin bayi? Segalanya bermula apabila beliau mengetahui mengenai pertandingan itu daripada Prof Madya Dr Zulhamri Abdullah, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM (CEM) yang juga mengajar satu kursus wajib iaitu asas keusahawanan kepada semua mahasiswa UPM. Beliau lantas mendaftar menyertai pertandingan berkenaan, ASEAN Business Challenge (ABC) 2013 dianjurkan Mac lalu oleh Procter and Gamble (dikenali ramai sebagai P & G) dengan kerjasama CEM.