Summary: | NILAI - Dua penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan kit pengajaran untuk meningkatkan kesedaran golongan ibubapa dan pendidik mengenai amalan bijak pengurusan kewangan kanak-kanak.
Penyelidik daripada Fakulti Ekologi Manusia iaitu Dr. Mohamad Fazli Sabri dan Nurhayatul Nira Ramli telah menghasilkan ‘Kit Bijak Wang :Anak Bijak Cerdik Duit’ yang terdiri 16 bahan pengajaran interaktif berbentuk permainan yang disusun mengikut kesesuaian kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.
Dr. Mohamad Fazli berkata kit itu mengandungi 6 unit asas pengurusan kewangan iaitu Mari Kenal Wang, Matlamat Kewangan, Keperluan vs Kehendak, Simpanan, Belanja dan Bajet serta Konsep Asas Perbankan Islam.
|