Persidangan gaharu antarabangsa memacu saintis UPM mendalami penyelidikan
SERDANG, 24 Dis (UPM) –Gaharu, agarwood, aloewood atau biar apa pun nama yang diberi kepadanya, namun bahan ini tetap terkenal dengan keharumannya yang luar biasa hingga ada orang mengangapnya sebagai “keharuman dari syurga”. Baunya yang begitu harum juga menyebabkn pelayar pada zaman dahulu kala sa...
Main Author: | |
---|---|
Format: | UPM News |
Language: | English Malay |
Published: |
Universiti Putra Malaysia
2013
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27239/1/Persidangan%20gaharu%20antarabangsa%20memacu%20saintis%20UPM%20mendalami%20%20penyelidikan.pdf |
Summary: | SERDANG, 24 Dis (UPM) –Gaharu, agarwood, aloewood atau biar apa pun nama yang diberi kepadanya, namun bahan ini tetap terkenal dengan keharumannya yang luar biasa hingga ada orang mengangapnya sebagai “keharuman dari syurga”. Baunya yang begitu harum juga menyebabkn pelayar pada zaman dahulu kala sanggup menempuh badai dan taufan untuk mencari gaharu. Hakikatnya, keistimewaan serta daya tarikan gaharu terus memikat hati manusia sejak dulu hingga kini. Malah, permintaan terhadapnya juga amat tinggi, hinggakan pokok yang menghasilkan gaharu, khususnya dari spesies Aquilaria (dikenali sebagai karas di Malaysia) yang tumbuh liar di hutan belantara, kini disenaraikan di dalam Lampiran II Konvensyen Mengenai Pemerdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) sejak 1995.
|
---|