Summary: | SERDANG, 11 Nov – Demi mendedahkan pelajar dengan institusi bereputasi antarabangsa, La Trobe University (LTU), Australia yang berada di tangga 241 QS Top Universities 2009 telah menjalin persefahaman (MoU) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).
LTU berminat untuk menjalinkan kolaborasi dengan UPM menerusi aktiviti pertukaran pelajar dan staf untuk memberi pendedahan dari aspek kesenian, budaya, kemasyarakatan dan sosial serta pentadbiran kerajaan Malaysia dan Australia selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu global dengan para peserta dan pensyarah.
|