Motif-motif ukiran pada rumah tiang dua belas di Kelantan dan Terengganu

Kelantan dan Terengganu sememangnya kaya dengan motif ukiran yang cantik dan tersendiri. Lazimnya, motif berbentuk flora, geometri dan kaligrafi paling banyak sekali digunakan berbanding motif-motif yang lain sekaligus digunakan sebagai penanda aras identiti senibina tempatan di Semenanjung Malaysi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Azreena, Utaberta, Nangkula
Format: Article
Language:English
Published: Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/29974/1/Motif.pdf
Description
Summary:Kelantan dan Terengganu sememangnya kaya dengan motif ukiran yang cantik dan tersendiri. Lazimnya, motif berbentuk flora, geometri dan kaligrafi paling banyak sekali digunakan berbanding motif-motif yang lain sekaligus digunakan sebagai penanda aras identiti senibina tempatan di Semenanjung Malaysia. Penulisan ini akan membentangkan kajian analisa rekabentuk ukiran dan motif yang digunakan pada Rumah Tiang Dua Belas di Kelantan dan Terengganu. Ukiran pada dua belas buah rumah di Kelantan dan Terengganu adalah merujuk kepada lukisan terukur di Pusat Kajian Alam Melayu (KALAM) UTM, Skudai.Kajian yang dilakukan adalah tertumpu kepada beberapa komponen bahagian rumah yang mempunyai banyak motif ukiran seperti pada daun pintu dan tingkap, susur tangan, dinding, lubang pengudaraan dan tangga. Perletakan motif-motif ukiran tersebut dikaji akan kepentingannya disamping untuk nilai estetika sesebuah rumah tersebut mahupun mencerminkan sifat kedaerahan setempat bagi kedua dua buah negeri ini.