Permasalahan kewujudan petempatan setinggan di Malaysia.

Negara Malaysia merupakan sebuah negara asia tenggara yang terletak di benua asia yang sekarang ini semakin dikenali seantero dunia oleh kerana pelbagai pencapaian positif telah diraih Malaysia. Antara salah satu sebab utama Malaysia semakin mendapat perhatian dunia adalah kerana kejayaan sektor pem...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zulkapli, Muhammad Amir, Utaberta, Nangkula
Format: Book Section
Language:Malay
Published: Penerbit Universiti Putra Malaysia 2013
Description
Summary:Negara Malaysia merupakan sebuah negara asia tenggara yang terletak di benua asia yang sekarang ini semakin dikenali seantero dunia oleh kerana pelbagai pencapaian positif telah diraih Malaysia. Antara salah satu sebab utama Malaysia semakin mendapat perhatian dunia adalah kerana kejayaan sektor pembangunannya yang pesat membangun saban hari. Kepesatan sektor pembangunan negara Malaysia seiring dengan “Wawasan 2020”, iaitu menuju sebuah negara yang maju dalam segala aspek. Wawasan 2020 ini telah diilhamkan oleh bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad maka tidak dapat disangkal kepesatan pembangunan yang berlaku di Malaysia. Hal ini dapat di buktikan melalui pembinaan bangunan-bungunan pencakar langit seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), KL Tower dan banyak lagi yang boleh diumpamakan seperti “cendawan tumbuh selepas hujan”. Di dalam keghairahan mengejar kemajuan, Malaysia bagaimanapun tidak terlepas dari mengalami masalah yang juga timbul akibat daripada kepesatan pembangunannya. Masalah yang di maksudkan adalah masalah kewujudan petempatan setinggan. Petempatan setinggan secara tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada negara Malaysia. Masalah ini jika tidak ditangani akan menjejaskan imej baik negara Malaysia. Selain itu, masalah ini jikalau dibiarkan pasti akan membantutkan proses pembangunan di Malaysia. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia yang turut dibantu oleh pihakpihak swasta telah merancang dan merangka pelbagai alternatif dan strategi untuk menangani masalah ini dari terus menular.