Penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah menengah mengikut gender

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji penggunaan Internet dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Zon Keramat, Selangor berdasarkan tempat digunakan dan tempoh masa melayari dan aktiviti penggunaan Internet. Selain itu,perbezaaan gender dalam aktiviti penggunaan Internet juga dianalis...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rashid, Mohd Kamarul Hafiz, Mohd Ayub, Ahmad Fauzi, Wan Jaafar, Wan Marzuki
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31568/1/31568.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji penggunaan Internet dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Zon Keramat, Selangor berdasarkan tempat digunakan dan tempoh masa melayari dan aktiviti penggunaan Internet. Selain itu,perbezaaan gender dalam aktiviti penggunaan Internet juga dianalisis. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif iaitu melalui tinjauan dengan melibatkan pengedaran soal selidik kepada 260 orang pelajar sekolah yang terlibat. Analisis data dilakukan menggunakan perisian SPSS 17.0 bagi mendapatkan kekerapan min, peratus dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir keseluruhan pelajar iaitu sebanyak 90.4% menggunakan Internet di rumah. Selain itu, lebih separuh iaitu sebanyak 53.8% pelajar menggunakan Internet untuk tempoh 0 - 2 jam. Seterusnya, sebanyak enam aktiviti penggunaan Internet menunjukkan perbezaan signifikan antara gender. Pelajar lelaki menggunakan Internet lebih banyak berbanding pelajar perempuan secara signifikan dalam aktiviti seperti bermain games ( t = 2.976, p <0.05), mencari software ( t = 3.760, p < 3.760) dan melayari laman web lucah ( t = 6.779, p < 0.05). Sebaliknya, pelajar perempuan secara signifikan lebih banyak menggunakan Internet berbanding pelajar lelaki untuk tujuan seperti mendengar lagu (-2.745, p< 0.05), mengedit gambar (-2.842, p< 0.05) dan menulis blog (-3.748, p< 0.05).