Perumpamaan serangga dalam al-Qur'an : analisis i'jaz.

Terdapat pelbagai jenis serangga yang hidup di atas muka bumi ini. Kepentingan serangga dalam kehidupan manusia bukanlah terletak pada bilangannya yang terdiri daripada hampir 75% daripada seluruh spesies haiwan. Akan tetapi serangga amat berperanan dalam ekosistem dalam mewujudkan kesejahteraan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Mohd Sukki, Yusoff , Zulkifli
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Malay
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/31834/1/31834.pdf
Description
Summary:Terdapat pelbagai jenis serangga yang hidup di atas muka bumi ini. Kepentingan serangga dalam kehidupan manusia bukanlah terletak pada bilangannya yang terdiri daripada hampir 75% daripada seluruh spesies haiwan. Akan tetapi serangga amat berperanan dalam ekosistem dalam mewujudkan kesejahteraan hidup secara keseluruhannya. Justeru, al-Qur’an sendiri telah membicarakan tentang serangga ekoran kepentingannya dalam kehidupan manusia. Walaupun terdapat pelbagai jenis serangga yang hidup di atas muka bumi ini, namun al-Qur’an hanya mengetengahkan beberapa jenis serangga sahaja yang mewakili kumpulan-kumpulan serangga dengan pelbagai cara hidupnya, seperti serangga pemakan tumbuh-tumbuhan, pemakan benda-benda organik mati, serangga pemangsa dan parasit, dan serangga yang hidup secara bersendirian dan bermasyarakat. Penyataan tentang serangga di dalam al-Qur’an menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah SWT, di samping ia adalah satu fakta biologi untuk dikaji oleh manusia yang dikurniakan akal fikiran dan kemampuan untuk melakukan kajian. Ia bersesuaian dengan konsep ilmu di dalam Islam yang mengarah kepada tauhid dan keredhaan Allah SWT. Secara umumnya, serangga yang telah disebut di dalam al-Qur’an ialah nyamuk, lalat, belalang, kutu, lebah, semut dan anai-anai. Namun begitu, serangga yang telah dijadikan sebagai perumpamaan dalam al-Quran hanyalah nyamuk dan lalat. Oleh yang demikian, kajian dalam kertas kerja ini akan melihat kepada rahsia dan hikmah pemilihan serangga-serangga tersebut di dalam al-Qur’an. Seterusnya, analisis akan dilakukan untuk melihat elemen i’jaz yang terdapat dalam ayat-ayat al-Qur’an yang membicarakan tentang serangga tersebut.