Summary: | Kemelut alam sekitar yang melanda dunia hari ini menimbulkan banyak
keresahan dan kebimbangan pelbagai pihak. Menyedari hakikat tersebut, pelbagai pendekatan dan usaha perlu dijalankan bagi meningkatkan
kualiti alam sekitar dan seterusnya kualiti hidup rakyat sesebuah negara. Pendidikan adalah satu daripada kaedah meningkatkan kesedaran,
pengetahuan dan amalan pengguna di samping menanamkan nilai-nilai murni dan membentuk sikap yang positif terhadap persekitaran. Penggunaan telah menjadi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti alam sekitar. Dengan demikian buku ini akan membincangkan konsep penggunaan, penggunaan lestari dalam pembangunan lestari dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan. Bab-bab yang diketengahkan dalam
buku ini juga merangkumi aspek nilai, amalan, sikap, perlakuan, budaya, penglibatan dan sebagainya yang berkaitan dengan penggunaan lestari yang didasarkan sama ada kepada penulisan lalu mahupun kajian yang telah dijalankan.
|