Atribusi kemiskinan, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di Negeri Pahang dan Perak

Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan dengan atribusi kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) menghuraikan latar belakang responden; ii) mengenal pasti tahap pemboleh ubah-...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Khir, Azlina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39586/1/FEM%202014%2014.pdf
_version_ 1825949437500850176
author Mohd Khir, Azlina
author_facet Mohd Khir, Azlina
author_sort Mohd Khir, Azlina
collection UPM
description Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan dengan atribusi kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) menghuraikan latar belakang responden; ii) mengenal pasti tahap pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian; iii) menentukan perbezaan pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian mengikut umur, gender dan tahap pencapaian akademik; iv) menentukan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian; dan v) menentukan faktor-faktor peramal atribusi kemiskinan. Seramai 402 pelajar Orang Asli yang berumur 14 dan 16 tahun dari sepuluh buah sekolah menengah di negeri Pahang dan Perak terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Skala Kawalan Internal-Eksternal Nowicki-Strickland untuk Kanak-kanak (SKIENS) digunakan untuk mengukur lokus kawalan, manakala Ujian Orientasi Kehidupan Belia (UOKB) digunakan untuk mengukur orientasi masa hadapan. Nilai pencapaian dan atribusi kemiskinan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kesemua alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini menghasilkan nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach antara 0.665 hingga 0.892. Analisis statistik yang digunakan adalah Ujian-t, ANOVA, analisis faktor, korelasi Pearson dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan remaja Orang Asli mengatribut penyebab utama kemiskinan kepada faktor ekonomi, diikuti oleh faktor fatalistik, diri dan sokongan. Kajian turut menunjukkan nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli berada pada tahap sederhana, manakala lokus kawalan cenderung kepada luaran. Keputusan juga menunjukkan nilai pencapaian, lokus kawalan, orientasi masa hadapan, atribusi kemiskinan sokongan dan fatalistik berbeza secara signifikan mengikut tahap pencapaian akademik. Remaja yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lebih tinggi, cenderung untuk mempunyai tahap nilai pencapaian lebih tinggi, lokus kawalan dalaman, optimis terhadap masa hadapan dan kurang mempersepsikan kemiskinan kepada faktor sokongan dan fatalistik berbanding remaja yang lemah dalam pencapaian akademik. Selain itu, lokus kawalan dan atribusi kemiskinan diri berbeza secara signifikan antara remaja awal (14 tahun) dan remaja akhir (16 tahun). Remaja akhir yang cenderung kepada lokus kawalan dalaman lebih mempersepsikan kemiskinan kepada faktor diri berbanding remaja awal. Seterusnya, kajian membuktikan remaja lelaki dan perempuan berbeza secara signifikan bagi atribusi kemiskinan sokongan, di mana lelaki lebih mempersepsikan kemiskinan kepada faktor sokongan berbanding remaja perempuan. Hasil kajian juga menunjukkan hubungan signifikan antara dimensi atribusi kemiskinan dengan nilai pencapaian (r = -.237 hingga r = .134; p < .01), lokus kawalan (r = -.166 hingga r = .263; p < .01), dan orientasi masa hadapan (r = -.215 hingga r = -.214; p < .01). Ujian regresi berganda menunjukkan 3% varians atribusi diri dijelaskan oleh lokus kawalan, manakala 6% varians atribusi sokongan dijelaskan oleh lokus kawalan dan orientasi masa hadapan. Varians atribusi ekonomi dijelaskan sebanyak 2% oleh nilai pencapaian dan varians atribusi fatalistik dijelaskan sebanyak 6% oleh orientasi masa hadapan dan lokus kawalan. Kesimpulannya, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan mempunyai hubungan dan menjadi peramal kepada atribusi kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli. Persepsi remaja orang Asli terhadap faktor dalaman boleh ditingkatkan dengan penerapan nilai pencapaian yang positif, lokus kawalan dalaman dan orientasi masa hadapan yang optimis. Ini penting agar mereka lebih mengoptimumkan potensi diri untuk lebih cemerlang dan keluar dari putaran kemiskinan.
first_indexed 2024-03-06T08:44:33Z
format Thesis
id upm.eprints-39586
institution Universiti Putra Malaysia
language English
last_indexed 2024-09-25T03:34:04Z
publishDate 2014
record_format dspace
spelling upm.eprints-395862024-08-30T02:07:37Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39586/ Atribusi kemiskinan, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di Negeri Pahang dan Perak Mohd Khir, Azlina Kajian ini dilakukan untuk menentukan hubungan antara nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan dengan atribusi kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) menghuraikan latar belakang responden; ii) mengenal pasti tahap pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian; iii) menentukan perbezaan pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian mengikut umur, gender dan tahap pencapaian akademik; iv) menentukan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian; dan v) menentukan faktor-faktor peramal atribusi kemiskinan. Seramai 402 pelajar Orang Asli yang berumur 14 dan 16 tahun dari sepuluh buah sekolah menengah di negeri Pahang dan Perak terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Skala Kawalan Internal-Eksternal Nowicki-Strickland untuk Kanak-kanak (SKIENS) digunakan untuk mengukur lokus kawalan, manakala Ujian Orientasi Kehidupan Belia (UOKB) digunakan untuk mengukur orientasi masa hadapan. Nilai pencapaian dan atribusi kemiskinan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kesemua alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini menghasilkan nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach antara 0.665 hingga 0.892. Analisis statistik yang digunakan adalah Ujian-t, ANOVA, analisis faktor, korelasi Pearson dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan remaja Orang Asli mengatribut penyebab utama kemiskinan kepada faktor ekonomi, diikuti oleh faktor fatalistik, diri dan sokongan. Kajian turut menunjukkan nilai pencapaian dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli berada pada tahap sederhana, manakala lokus kawalan cenderung kepada luaran. Keputusan juga menunjukkan nilai pencapaian, lokus kawalan, orientasi masa hadapan, atribusi kemiskinan sokongan dan fatalistik berbeza secara signifikan mengikut tahap pencapaian akademik. Remaja yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lebih tinggi, cenderung untuk mempunyai tahap nilai pencapaian lebih tinggi, lokus kawalan dalaman, optimis terhadap masa hadapan dan kurang mempersepsikan kemiskinan kepada faktor sokongan dan fatalistik berbanding remaja yang lemah dalam pencapaian akademik. Selain itu, lokus kawalan dan atribusi kemiskinan diri berbeza secara signifikan antara remaja awal (14 tahun) dan remaja akhir (16 tahun). Remaja akhir yang cenderung kepada lokus kawalan dalaman lebih mempersepsikan kemiskinan kepada faktor diri berbanding remaja awal. Seterusnya, kajian membuktikan remaja lelaki dan perempuan berbeza secara signifikan bagi atribusi kemiskinan sokongan, di mana lelaki lebih mempersepsikan kemiskinan kepada faktor sokongan berbanding remaja perempuan. Hasil kajian juga menunjukkan hubungan signifikan antara dimensi atribusi kemiskinan dengan nilai pencapaian (r = -.237 hingga r = .134; p < .01), lokus kawalan (r = -.166 hingga r = .263; p < .01), dan orientasi masa hadapan (r = -.215 hingga r = -.214; p < .01). Ujian regresi berganda menunjukkan 3% varians atribusi diri dijelaskan oleh lokus kawalan, manakala 6% varians atribusi sokongan dijelaskan oleh lokus kawalan dan orientasi masa hadapan. Varians atribusi ekonomi dijelaskan sebanyak 2% oleh nilai pencapaian dan varians atribusi fatalistik dijelaskan sebanyak 6% oleh orientasi masa hadapan dan lokus kawalan. Kesimpulannya, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan mempunyai hubungan dan menjadi peramal kepada atribusi kemiskinan dalam kalangan remaja Orang Asli. Persepsi remaja orang Asli terhadap faktor dalaman boleh ditingkatkan dengan penerapan nilai pencapaian yang positif, lokus kawalan dalaman dan orientasi masa hadapan yang optimis. Ini penting agar mereka lebih mengoptimumkan potensi diri untuk lebih cemerlang dan keluar dari putaran kemiskinan. 2014-06 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39586/1/FEM%202014%2014.pdf Mohd Khir, Azlina (2014) Atribusi kemiskinan, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di Negeri Pahang dan Perak. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Poverty - Indigenous peoples - Malaysia - Social conditions
spellingShingle Poverty - Indigenous peoples - Malaysia - Social conditions
Mohd Khir, Azlina
Atribusi kemiskinan, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di Negeri Pahang dan Perak
title Atribusi kemiskinan, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di Negeri Pahang dan Perak
title_full Atribusi kemiskinan, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di Negeri Pahang dan Perak
title_fullStr Atribusi kemiskinan, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di Negeri Pahang dan Perak
title_full_unstemmed Atribusi kemiskinan, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di Negeri Pahang dan Perak
title_short Atribusi kemiskinan, nilai pencapaian, lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja Orang Asli di Negeri Pahang dan Perak
title_sort atribusi kemiskinan nilai pencapaian lokus kawalan dan orientasi masa hadapan remaja orang asli di negeri pahang dan perak
topic Poverty - Indigenous peoples - Malaysia - Social conditions
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39586/1/FEM%202014%2014.pdf
work_keys_str_mv AT mohdkhirazlina atribusikemiskinannilaipencapaianlokuskawalandanorientasimasahadapanremajaorangaslidinegeripahangdanperak