Makna dan fungsi busana dalam Naskhah Melayu Syair Agung

Analisis terhadap Naskhah Melayu Syair Agung (seterusnya NMSA) menemui sejumlah kata merujuk kepada busana yang merangkumi pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Apabila merujuk kepada konsep busana Melayu yang telah dihasilkan oleh sebilangan pengkaji busana sehingga ke hari ini, didapa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jusoh, Adilah, Husin, Fazilah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48856/1/Makna%20dan%20fungsi%20busana%20dalam%20Naskhah%20Melayu%20Syair%20Agung.pdf
Description
Summary:Analisis terhadap Naskhah Melayu Syair Agung (seterusnya NMSA) menemui sejumlah kata merujuk kepada busana yang merangkumi pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Apabila merujuk kepada konsep busana Melayu yang telah dihasilkan oleh sebilangan pengkaji busana sehingga ke hari ini, didapati NMSA banyak memaparkan gambaran busana yang mempunyai persamaan daripada makna dan fungsi, sementara beberapa gambaran busana lain pula mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza atau kerapkali juga tidak wujud atau mungkin tidak lagi digunakan dalam konteks semasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gambaran busana dalam NMSA dan menghuraikan fungsi, penggunaan dan jenisnya dalam konteks naskhah dan semasa. Analisis teks tertumpu kepada kata yang mewakili beberapa jenis busana daripada kategori pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Kajian mendapati sebahagian besar gambaran busana dalam naskhah ini mempunyai fungsi dan persamaan makna sebagaimana digunakan dalam teks busana moden, dan tidak kurang juga yang sudah lenyap, tidak mempunyai makna atau tidak ditemui makna dalam penggunaan semasa.