Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan

Hasil kerja penyelidik tempatan terdahulu tidak menyelidik secara mendalam berkaitan faktor-faktor yang didapati telah menyebabkan wanita menjadi penagih dadah. Ini menjadikan masalah wanita dan dadah di negara ini kurang difahami serta seperti dikesampingkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pen...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sheikh Zainal, Siti Muhaza
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4961/1/FEM_2006_6.pdf
_version_ 1825943773505388544
author Sheikh Zainal, Siti Muhaza
author_facet Sheikh Zainal, Siti Muhaza
author_sort Sheikh Zainal, Siti Muhaza
collection UPM
description Hasil kerja penyelidik tempatan terdahulu tidak menyelidik secara mendalam berkaitan faktor-faktor yang didapati telah menyebabkan wanita menjadi penagih dadah. Ini menjadikan masalah wanita dan dadah di negara ini kurang difahami serta seperti dikesampingkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penagih dadah wanita yang telah terdorong untuk mencuba dadah, disebabkan oleh pasangan lelaki intim mereka. Di dalam kebanyakan kes, wanita yang berpersonaliti submisif menjadi penagih dadah kerana peranan yang dimainkan oleh pasangan lelaki mereka. Persoalannya siapakah wanita ini, apakah ciri-ciri pasangan lelaki mereka dan adakah terdapat faktor lain yang berhubung kait dengan hubungan intim tersebut yang telah menyebabkan wanita ini mencuba dadah buat pertama kali. Bab awal bermula dengan penerangan berkaitan bentuk penyelidikan. Ia diikuti dengan persembahan rangka kerja konseptual serta teori-teori yang berkaitan. Data dikumpul daripada responden berdasarkan ingatan semula, dengan memberi tumpuan kepada aspek personaliti di dalam kedua-dua keadaan umum dan apabila wanita ini berhadapan dengan pasangan lelaki mereka. Terdapat sejumlah 48 responden yang memenuhi kriteria sampel kajian. Ujian Personaliti menggunakan Skala Tret Dominan-Submisif dan Skala Kuasa di dalam Hubungan Seksual dibuat ke atas responden ini. Seramai enam orang responden dipilih untuk menjalani temubual intensif bagi mendapatkan penjelasan lebih mendalam berkaitan personaliti serta hubungan intim mereka. Faktor ‘seorang penagih dadah’ dikenal pasti sebagai antara ciri yang jelas terdapat pada pasangan lelaki. Ia menunjukkan terdapat kaitan di antara tingkah laku awal penggunaan dadah dalam kalangan responden dengan pasangan lelaki mereka sama ada terdapat atau tidak tawaran dadah dilakukan oleh lelaki tersebut. Terdapat juga proses lain yang berlaku ke atas hubungan intim wanita ini yang mendorong mereka untuk mencuba dadah. Satu kajian silang analisa juga dilaksanakan di antara hasil kajian kuantitatif dengan kualitatif untuk tujuan mengukuhkan hasil dapatan kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa wanita yang berpersonaliti dominan pada umumnya menjadi submisif apabila berhadapan dengan pasangan lelaki yang mempunyai hubungan intim dengan mereka. Kajian juga mencadangkan bahawa wanita boleh terpengaruh untuk mencuba dadah juga sekiranya pasangan lelaki mereka merupakan penagih dadah.
first_indexed 2024-03-06T07:05:32Z
format Thesis
id upm.eprints-4961
institution Universiti Putra Malaysia
language English
Malay
last_indexed 2024-03-06T07:05:32Z
publishDate 2006
record_format dspace
spelling upm.eprints-49612013-05-27T07:19:25Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4961/ Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan Sheikh Zainal, Siti Muhaza Hasil kerja penyelidik tempatan terdahulu tidak menyelidik secara mendalam berkaitan faktor-faktor yang didapati telah menyebabkan wanita menjadi penagih dadah. Ini menjadikan masalah wanita dan dadah di negara ini kurang difahami serta seperti dikesampingkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penagih dadah wanita yang telah terdorong untuk mencuba dadah, disebabkan oleh pasangan lelaki intim mereka. Di dalam kebanyakan kes, wanita yang berpersonaliti submisif menjadi penagih dadah kerana peranan yang dimainkan oleh pasangan lelaki mereka. Persoalannya siapakah wanita ini, apakah ciri-ciri pasangan lelaki mereka dan adakah terdapat faktor lain yang berhubung kait dengan hubungan intim tersebut yang telah menyebabkan wanita ini mencuba dadah buat pertama kali. Bab awal bermula dengan penerangan berkaitan bentuk penyelidikan. Ia diikuti dengan persembahan rangka kerja konseptual serta teori-teori yang berkaitan. Data dikumpul daripada responden berdasarkan ingatan semula, dengan memberi tumpuan kepada aspek personaliti di dalam kedua-dua keadaan umum dan apabila wanita ini berhadapan dengan pasangan lelaki mereka. Terdapat sejumlah 48 responden yang memenuhi kriteria sampel kajian. Ujian Personaliti menggunakan Skala Tret Dominan-Submisif dan Skala Kuasa di dalam Hubungan Seksual dibuat ke atas responden ini. Seramai enam orang responden dipilih untuk menjalani temubual intensif bagi mendapatkan penjelasan lebih mendalam berkaitan personaliti serta hubungan intim mereka. Faktor ‘seorang penagih dadah’ dikenal pasti sebagai antara ciri yang jelas terdapat pada pasangan lelaki. Ia menunjukkan terdapat kaitan di antara tingkah laku awal penggunaan dadah dalam kalangan responden dengan pasangan lelaki mereka sama ada terdapat atau tidak tawaran dadah dilakukan oleh lelaki tersebut. Terdapat juga proses lain yang berlaku ke atas hubungan intim wanita ini yang mendorong mereka untuk mencuba dadah. Satu kajian silang analisa juga dilaksanakan di antara hasil kajian kuantitatif dengan kualitatif untuk tujuan mengukuhkan hasil dapatan kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa wanita yang berpersonaliti dominan pada umumnya menjadi submisif apabila berhadapan dengan pasangan lelaki yang mempunyai hubungan intim dengan mereka. Kajian juga mencadangkan bahawa wanita boleh terpengaruh untuk mencuba dadah juga sekiranya pasangan lelaki mereka merupakan penagih dadah. 2006 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4961/1/FEM_2006_6.pdf Sheikh Zainal, Siti Muhaza (2006) Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Drug abuse - Women - Kelantan Malay
spellingShingle Drug abuse - Women - Kelantan
Sheikh Zainal, Siti Muhaza
Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan
title Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan
title_full Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan
title_fullStr Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan
title_full_unstemmed Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan
title_short Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan
title_sort pengaruh pasangan intim lelaki ke atas penggunaan awal dadah dalam kalangan penagih wanita di pusat serenti bachok kelantan
topic Drug abuse - Women - Kelantan
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4961/1/FEM_2006_6.pdf
work_keys_str_mv AT sheikhzainalsitimuhaza pengaruhpasanganintimlelakikeataspenggunaanawaldadahdalamkalanganpenagihwanitadipusatserentibachokkelantan