Persepsi Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO

Isu-isu perkauman sering menghantui usaha-usaha untuk mencapai matlamat perpaduan nasional di negara ini, terutama antara dua kaum utama, Melayu dengan Cina. Kedua-dua kaum ini seringkali memperlihatkan hubungan turun naik. Berlaku pertikaman lidah, saling tuntut-menuntut dan tuduh-menuduh, sehingga...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Mohd Ridhuan Tee
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4979/1/FEM_2008_2a.pdf
_version_ 1796966871158751232
author Abdullah, Mohd Ridhuan Tee
author_facet Abdullah, Mohd Ridhuan Tee
author_sort Abdullah, Mohd Ridhuan Tee
collection UPM
description Isu-isu perkauman sering menghantui usaha-usaha untuk mencapai matlamat perpaduan nasional di negara ini, terutama antara dua kaum utama, Melayu dengan Cina. Kedua-dua kaum ini seringkali memperlihatkan hubungan turun naik. Berlaku pertikaman lidah, saling tuntut-menuntut dan tuduh-menuduh, sehingga kadangkala menimbulkan suasana yang agak tegang. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah kemuncak ketegangan ini dan telah meninggalkan impak yang amat menakutkan dalam menilai hubungan antara kaum. Semua ini berlaku akibat daripada persepsi negatif yang wujud antara satu sama lain. Persepsi wujud disebabkan oleh sosialisasi politik yang dilalui oleh setiap individu. Pengaruh agen-agen sosialisasi politik yang bersifat perkauman seperti sejarah, keluarga, institusi pendidikan, media, pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, begitu kuat meningkatkan persepsi negatif yang sedia ada, sehingga menjadi pegangan hidup atau budaya politik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi terhadap gerakan politik UMNO yang melibatkan lapan fokus utama iaitu Politik (P), Ekonomi (E), Rasuah (R), Sosial (S), Etnisiti (E), Pendidikan (P), Kontrak Sosial (S) dan Islam (I) atau singkatannya, P-E-R-S-E-P-S-I. Bagi mengukur tahap persepsi ini terhadap faktor P-E-R-S-E-P-S-I, pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif, dengan menjadikan pelajar-pelajar Cina yang berada di IPTA dan IPTS sebagai sampel kajian secara perbandingan. Kaedah kuantitatif yang digunakan melibatkan statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian kesamaan varians, ujian-t, ANOVA dan Eta-Squared). Manakala kaedah kualitatif pula tertumpu kepada temubual dengan beberapa tokoh dan pandangan bertulis yang diperolehi melalui soal selidik. Semua dapatan ini digabungkan dengan menggunakan kaedah triangulasi. Skala interpretasi persepsi berasaskan kepada tiga tahap iaitu kurang kiasu (kk), sederhana kiasu (sk) dan ultra kiasu (uk). Hasil dapatan keseluruhan kuantitatif memperlihatkan persepsi pelajar Cina berada pada tahap sederhana kiasu, di samping beberapa dapatan ultra kiasu yang agak ketara, berbanding dapatan kurang kiasu. Manakala, dapatan kualitatif berada pada tahap ultra kiasu. Setelah ditriangulasikan kedua-dua dapatan ini dengan mengambil kira dapatan ultra kiasu (kuantitatif), ternyata bahawa tahap persepsi pelajar Cina terhadap faktor P-E-R-S-E-P-S-I dalam gerakan politik UMNO berada pada tahap ultra kiasu. Pendek kata, pelajar Cina di IPTA dan IPTS mempunyai persepsi sama iaitu pada tahap ultra kiasu dalam menilai segala hak-hak istimewa yang diperolehi UMNO sebagaimana yang telah dipersetujui bersama dalam kontrak sosial. Majoriti mereka melihat kelebihan dan keistimewaan Melayu UMNO sebagai satu diskriminasi, ketidakadilan, penganiayaan, penindasan serta memingkirkan orang Cina. Mereka menuntut kesamaan dan kesamarataan dalam semua bidang tanpa memperdulikan kontrak sosial. Walau bagaimanapun, pelajar Cina tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya jika mempunyai persepsi ultra kiasu ini. Dalam kata lain, gerakan politik UMNO dalam P-E-R-S-E-P-S-I turut membantu kepada wujudnya tahap persepsi ultra kiasu ini. Kajian ini amat menarik bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan input-input politik silang budaya antara Melayu – Cina.
first_indexed 2024-03-06T07:05:35Z
format Thesis
id upm.eprints-4979
institution Universiti Putra Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T07:05:35Z
publishDate 2008
record_format dspace
spelling upm.eprints-49792015-08-06T04:28:30Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4979/ Persepsi Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO Abdullah, Mohd Ridhuan Tee Isu-isu perkauman sering menghantui usaha-usaha untuk mencapai matlamat perpaduan nasional di negara ini, terutama antara dua kaum utama, Melayu dengan Cina. Kedua-dua kaum ini seringkali memperlihatkan hubungan turun naik. Berlaku pertikaman lidah, saling tuntut-menuntut dan tuduh-menuduh, sehingga kadangkala menimbulkan suasana yang agak tegang. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah kemuncak ketegangan ini dan telah meninggalkan impak yang amat menakutkan dalam menilai hubungan antara kaum. Semua ini berlaku akibat daripada persepsi negatif yang wujud antara satu sama lain. Persepsi wujud disebabkan oleh sosialisasi politik yang dilalui oleh setiap individu. Pengaruh agen-agen sosialisasi politik yang bersifat perkauman seperti sejarah, keluarga, institusi pendidikan, media, pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, begitu kuat meningkatkan persepsi negatif yang sedia ada, sehingga menjadi pegangan hidup atau budaya politik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi terhadap gerakan politik UMNO yang melibatkan lapan fokus utama iaitu Politik (P), Ekonomi (E), Rasuah (R), Sosial (S), Etnisiti (E), Pendidikan (P), Kontrak Sosial (S) dan Islam (I) atau singkatannya, P-E-R-S-E-P-S-I. Bagi mengukur tahap persepsi ini terhadap faktor P-E-R-S-E-P-S-I, pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif, dengan menjadikan pelajar-pelajar Cina yang berada di IPTA dan IPTS sebagai sampel kajian secara perbandingan. Kaedah kuantitatif yang digunakan melibatkan statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian kesamaan varians, ujian-t, ANOVA dan Eta-Squared). Manakala kaedah kualitatif pula tertumpu kepada temubual dengan beberapa tokoh dan pandangan bertulis yang diperolehi melalui soal selidik. Semua dapatan ini digabungkan dengan menggunakan kaedah triangulasi. Skala interpretasi persepsi berasaskan kepada tiga tahap iaitu kurang kiasu (kk), sederhana kiasu (sk) dan ultra kiasu (uk). Hasil dapatan keseluruhan kuantitatif memperlihatkan persepsi pelajar Cina berada pada tahap sederhana kiasu, di samping beberapa dapatan ultra kiasu yang agak ketara, berbanding dapatan kurang kiasu. Manakala, dapatan kualitatif berada pada tahap ultra kiasu. Setelah ditriangulasikan kedua-dua dapatan ini dengan mengambil kira dapatan ultra kiasu (kuantitatif), ternyata bahawa tahap persepsi pelajar Cina terhadap faktor P-E-R-S-E-P-S-I dalam gerakan politik UMNO berada pada tahap ultra kiasu. Pendek kata, pelajar Cina di IPTA dan IPTS mempunyai persepsi sama iaitu pada tahap ultra kiasu dalam menilai segala hak-hak istimewa yang diperolehi UMNO sebagaimana yang telah dipersetujui bersama dalam kontrak sosial. Majoriti mereka melihat kelebihan dan keistimewaan Melayu UMNO sebagai satu diskriminasi, ketidakadilan, penganiayaan, penindasan serta memingkirkan orang Cina. Mereka menuntut kesamaan dan kesamarataan dalam semua bidang tanpa memperdulikan kontrak sosial. Walau bagaimanapun, pelajar Cina tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya jika mempunyai persepsi ultra kiasu ini. Dalam kata lain, gerakan politik UMNO dalam P-E-R-S-E-P-S-I turut membantu kepada wujudnya tahap persepsi ultra kiasu ini. Kajian ini amat menarik bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan input-input politik silang budaya antara Melayu – Cina. 2008 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4979/1/FEM_2008_2a.pdf Abdullah, Mohd Ridhuan Tee (2008) Persepsi Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. Universities and colleges - Politics and government
spellingShingle Universities and colleges - Politics and government
Abdullah, Mohd Ridhuan Tee
Persepsi Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO
title Persepsi Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO
title_full Persepsi Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO
title_fullStr Persepsi Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO
title_full_unstemmed Persepsi Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO
title_short Persepsi Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO
title_sort persepsi pelajar cina di institusi pengajian tinggi terhadap gerakan politik umno
topic Universities and colleges - Politics and government
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4979/1/FEM_2008_2a.pdf
work_keys_str_mv AT abdullahmohdridhuantee persepsipelajarcinadiinstitusipengajiantinggiterhadapgerakanpolitikumno