Peranan kata pinjaman Arab dalam memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa

Suatu hakikat yang tidak dapat disangkal ialah terdapat sejumlah besar kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu yang digunakan secara meluas dalam masyarakat Melayu. Penggunaan kata pinjaman Arab ini meliputi pelbagai aspek; agama, ekonomi, politik, undang-undang, perubatan dan sosial.Penerimaan masya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mezah, Che Radiah, Hajimaming, Pabiyah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50408/1/Peranan%20kata%20pinjaman%20Arab%20dalam%20memperkaya%20bahasa%20Melayu%20sebagai%20bahasa%20negara%20bangsa.pdf
Description
Summary:Suatu hakikat yang tidak dapat disangkal ialah terdapat sejumlah besar kata pinjaman Arab dalam bahasa Melayu yang digunakan secara meluas dalam masyarakat Melayu. Penggunaan kata pinjaman Arab ini meliputi pelbagai aspek; agama, ekonomi, politik, undang-undang, perubatan dan sosial.Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kata pinjaman Arab adalah positif sehingga dapat mengayakan bahasa Melayu itu sendiri. Justeru, kajian ini melihat sejauh manakah kata pinjaman Arab ini berperanan memperkaya bahasa Melayu dari pelbagai aspek yang mampu memperkukuh fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Seterusnya kajian ini menganalisis peranan kata pinjaman Arab tersebut berlandaskan aspek yang ditentukan. Untuk tujuan itu, sejumlah perkataan pinjaman Arab yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 (KDEK4) dijadikan subjek kajian. Kata pinjaman Arab tersebut akan dikategorikan mengikut aspek yang dikemukakan oleh para sarjana bahasa. Hasil daripada penelitian yang dilakukan mendapati bahawa pengaruh dan kesan kata pinjaman Arab terhadap bahasa Melayu dilihat akan tetap dan terus berlaku hingga sekarang terutama sekali dalam bidang agama, perundangan, ekonomi dan hukum-hakam Islam. Hal ini adalah penting untuk membolehkan bahasa Melayu ini bergerak maju seiring dengan kemajuan yang dilalui oleh masyarakat penuturnya yang mampu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Negara Bangsa.