Kecenderungan kerjaya sebagai usahawan dalam kalangan pelajar bumiputera tahun akhir Diploma Perniagaantani, Kolej Profesional MARA Beranang

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Namun begitu bilangan graduan yang berjaya menjadi usahawan adalah pada tahap yang rendah. MARA merupakan salah satu institusi yang menfokuskan langkah untuk mengukuhkan sektor pendidikan keusahawanan....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Mustafa, Ummi Aishah, Mohd Daud, Shaffe, Mohd Senon, Maslinda, Mohd Ismail, Nur Baizura
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50841/1/Greduc042%20Ummi%20Aisyah%20%26%20Shafee.pdf
Description
Summary:Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Namun begitu bilangan graduan yang berjaya menjadi usahawan adalah pada tahap yang rendah. MARA merupakan salah satu institusi yang menfokuskan langkah untuk mengukuhkan sektor pendidikan keusahawanan. Oleh itu faktor kecenderungan keusahawanan merupakan indikator awal yang penting dalam menentukan pelajar menjadi usahawan kelak. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar tahun akhir program Diploma Perniagaantani di Kolej Profesional MARA Beranang terhadap kerjaya sebagai usahawan. Kajian literatur menunjukkan faktor seperti sikap, motivasi, dan program pengajian mempunyai impak yang penting dalam mempengaruhi kecenderungan seseorang itu untuk menjadi usahawan. Sebanyak 55 jumlah populasi telah dipilih dalam kalangan pelajar tahun akhir program Diploma Perniagaantani di Kolej Profesional MARA Beranang. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada kajian lepas. Data dianalisis menggunakan SPSS. Statistik yang digunakan ialah analisis diskriptif dan kolerasi. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar menjadi usahawan adalah faktor motivasi, program pengajian, dan sikap.Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor motivasi, program pengajian, dan sikap dengan kecenderungan pelajar untuk menjadi usahawan. Kajian mencadangkan supaya para pelajar diberi peluang untuk mengaplikasikan kemahiran keusahawanan di instutut pengajian. selain itu, kursus yang berkaitan perlu diberi penekanan pada aspek kesediaan menghadapi cabaran kepada bakal graduan.