Personaliti dan minat kerjaya murid dalam bidang teknikal dan vokasional di Zon Pudu, Kuala Lumpur
Isu keciciran murid, prestasi rendah murid lelaki dan jurang gender semakin meningkat sepanjang laluan akademik murid. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk memberi kesedaran awal dengan mengenal pasti personaliti, minat kerjaya serta hubungan personaliti dan minat kerjaya murid dalam bidang te...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2013
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50845/1/Greduc046%20Azlin%20Moktar.pdf |
Summary: | Isu keciciran murid, prestasi rendah murid lelaki dan jurang gender semakin meningkat sepanjang laluan akademik murid. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk memberi kesedaran awal dengan mengenal pasti personaliti, minat kerjaya serta hubungan personaliti dan minat kerjaya murid dalam bidang teknikal dan vokasional di kalangan murid sekolah rendah. Kaedah yang digunakan berbentuk tinjauan dan melibatkan 364 orang murid sekolah rendah di Zon Pudu, Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan personaliti yang paling dominan ialah personaliti agreeableness dan minat kerjaya sosial. Penyelidik mencadangkan agar kajian seumpama ini diperluas kepada bilangan sampel yang lebih besar supaya dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi serta cadangan perancangan dan pelaksanaan program bersesuaian melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menarik minat kerjaya murid dalam bidang teknikal dan vokasional di seluruh Malaysia. |
---|