Pengetahuan pengurusan bengkel dalam kalangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu

Bengkel merupakan bilik atau tempat bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknikal khususnya dalam mata pelajaran KHB. Ujian-ujian dan kerja-kerja amali di bengkel atau makmal adalah merupakan sebahagian daripada isi kandungan pengajaran yang hendak disampaikan. Ini adal...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shafie, Sharifah, Abdul Kadir, Suhaida, Asimiran, Soaib
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50852/1/Greduc053%20Sharifah%20Shafie.pdf
Description
Summary:Bengkel merupakan bilik atau tempat bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknikal khususnya dalam mata pelajaran KHB. Ujian-ujian dan kerja-kerja amali di bengkel atau makmal adalah merupakan sebahagian daripada isi kandungan pengajaran yang hendak disampaikan. Ini adalah kerana ujian-ujian dan kerja-kerja amali di makmal atau bengkel adalah penterjemah kepada teori dan formula yang disampaikan di dalam sesi pengajaran secara teori (Samsul, 2001). Dalam pengurusan bengkel guru merupakan faktor penting yang terlibat dan seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pengurusan bengkel bagi memastikan bengkel dapat diurus dengan baik dan memastikan kerja amali pelajar dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan pengurusan bengkel dalam kalangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sekolah menengah. Borang soal selidik yang mengandungi empat aspek iaitu pengurusan dan pengendalian bengkel, penyenggaraan alatan tangan dan mesin, pengurusan aset alih kerajaan dan amalan keselamatan telah diedarkan kepada 284 orang guru KHB. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru KHB dalam pengurusan bengkel secara keseluruhan berada pada tahap sederhana (M=0.56, SP = .13). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan pengurusan bengkel berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar.