Perbandingan kemahiran vokasional diperlukan pelajar pendidikan khas integrasi sekolah menengah harian biasa dengan Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas

Artikel ini membincangkan tentang perbandingan kemahiran vokasional yang diperlukan oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah menengah harian biasa dengan Sekolah Menengah Pendidikan Khas / Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas. Peruntukan satu peratus peluang kerja kepa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mad Isa, Masitah Hayati, Abdul Kadir, Suhaida
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50858/1/Greduc058%20Masitah%20hayati.pdf
Description
Summary:Artikel ini membincangkan tentang perbandingan kemahiran vokasional yang diperlukan oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah menengah harian biasa dengan Sekolah Menengah Pendidikan Khas / Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas. Peruntukan satu peratus peluang kerja kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1988 perlu diambil perhatian memandangkan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini memerlukan latihan, kemahiran serta persedian yang cukup semasa berada di sekolah bagi memenuhi pasaran pekerjaan. Oleh yang demikian, dalam artikel ini juga membincangkan kurikulum Pendidikan Khas yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran serta Masalah Penglihatan. Kurikulum di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah menengah harian biasa dilihat tidak menjurus kepada kemahiran yang diperlukan pelajar berbanding di Sekolah Menengah Pendidikan Khas / Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas yang menawarkan lebih banyak jurusan kemahiran kepada pelajar berkeperluan khas. Justeru, cadangan kepada penambahbaikan kurikulum vokasional di PPKI sekolah menengah harian biasa agar setanding dengan pelajar yang berada di Sekolah Menengah Pendidikan Khas / Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas.