Perspektif pelajar tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Sikap berahsia dan tertutup dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa disedari akan mematikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk membantu mereka yang berada dalam emosi tidak stabil dan tingkahlaku devian masih...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mat Najib, Norazizalina, Baki, Roselan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50955/1/Greduc110%20Norazizalina%20Mat%20Najib.pdf
Description
Summary:Sikap berahsia dan tertutup dalam kalangan masyarakat Malaysia tanpa disedari akan mematikan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk membantu mereka yang berada dalam emosi tidak stabil dan tingkahlaku devian masih di tahap yang tidak memuaskan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk memahami persepsi pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual semi-berstruktur. Sebanyak 3 orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi di sekitar Selangor dipilih menggunakan teknik sampel bertujuan iaitu pelajar-pelajar yang tidak pernah mendapatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam tempoh pengajian. Hasil temubual ke atas subjek kajian dianalisis menggunakan teknik pengkodan. Hasil kajian menunjukkan, pelajar tidak memahami dengan jelas fungsi kaunseling, namun percaya bahawa perkhidmatan ini sangat penting untuk membantu orang ramai. Hasil kajian ini juga menunjukkan, pelajar berpersepsi bahawa kaunselor merupakan seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Namun begitu, sikap malu pelajar membuatkan mereka tidak mahu untuk berjumpa kaunselor jika dilanda masalah. Pelajar juga berpendapat, sikap ramah kaunselor dan memperbanyakkan promosi mampu meningkatkan kepercayaan pelajar kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kesimpulannya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling wajar diteruskan dan dikembangkan untuk diperkenalkan kepada masyarakat mengenai fungsi dan kepentingan perkhidmatan ini.