Pengaruh kepercayaan, motivasi dan niat terhadap golongan belia dalam aktiviti sukarela di Malaysia

Aktiviti sukarela bukanlah perkara baharu di Malaysia, malahan aktiviti tersebut telah melepasi fasa baharu yang melibatkan seluruh warganegara dalam pelbagai bentuk dan program sukarela. Peningkatan bilangan sukarelawan yang terdiri daripada golongan belia adalah jauh lebih menonjol berbanding deng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, Siti Raba'ah, Suandi, Turiman, Hamzah, Azimi
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50969/1/Pengaruh%20kepercayaan%2C%20motivasi%20dan%20niat%20terhadap%20golongan%20belia%20dalam%20aktiviti%20sukarela%20di%20Malaysia.pdf
Description
Summary:Aktiviti sukarela bukanlah perkara baharu di Malaysia, malahan aktiviti tersebut telah melepasi fasa baharu yang melibatkan seluruh warganegara dalam pelbagai bentuk dan program sukarela. Peningkatan bilangan sukarelawan yang terdiri daripada golongan belia adalah jauh lebih menonjol berbanding dengan golongan lain. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui faktor yang menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukarela; kepercayaan, motivasi dan niat melalui reka bentuk dan pengesahan model persamaan struktural. Seramai 251 responden yang berumur 15 hingga 25 tahun (M umur = 21.21, SD = .45) dipilih secara rawak. Ciri-ciri pemboleh ubah dan hubungan pemboleh ubah dalam model persamaan struktural ditentukan melalui pengumpulan data borang soal selidik (tadbir sendiri). Analisis model persamaan struktural menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah motivasi dan niat terhadap penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukarela. Kajian juga menunjukkan elemen-elemen penting yang mendorong penglibatan untuk aktiviti sukarela. Implikasi dan cadangan penting penglibatan dalam aktiviti sukarela juga dibincangkan.