Meneroka peranan dan komitmen di sebalik pemilihan kerjaya pengasuh TASKA

Pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan potensi kanak-kanak seperti yang digariskan oleh Kurikulum PERMATA Negara. Justeru, pemilihan kerjaya sebagai pengasuh TASKA memerlukan komitmen yang tinggi dalam menj...

תיאור מלא

מידע ביבליוגרפי
Main Authors: Azizan, Che' Rozaniza, Roslan, Samsilah, Konaen, Siti Nazurana, Ahmad, Noorlila, Zainal, Hasny @ Yanti
פורמט: Article
שפה:English
יצא לאור: Universiti Putra Malaysia Press 2016
גישה מקוונת:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51044/1/Meneroka%20peranan%20dan%20komitmen%20di%20sebalik%20pemilihan%20kerjaya%20pengasuh%20TASKA.pdf
תיאור
סיכום:Pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan potensi kanak-kanak seperti yang digariskan oleh Kurikulum PERMATA Negara. Justeru, pemilihan kerjaya sebagai pengasuh TASKA memerlukan komitmen yang tinggi dalam menjalankan rutin seharian di TASKA. Kajian kes ini bertujuan menyelami peranan dan faktor yang mendorong komitmen 3 orang pengasuh TASKA di sebuah TASKA swasta berdaftar di Nilai, Negeri Sembilan. Kajian ini turut meninjau faktor di sebalik pemilihan kerjaya sebagai pengasuh TASKA. Pengumpulan data melibatkan kaedah temu bual, pemerhatian, nota lapangan dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengasuh TASKA menjalankan peranan mereka dengan baik selaras dengan garis panduan Kurikulum PERMATA Negara. Hubungan dan komunikasi, timbal balas keprihatinan dan tolak ansur, dan pengalaman manis merupakan faktor utama yang mempengaruhi komitmen pengasuh TASKA. Faktor minat, cita-cita, pengetahuan dan kemahiran dalam asuhan kanak-kanak merupakan pendorong utama dalam pemilihan kerjaya sebagai pengasuh TASKA. Kesimpulannya, pengasuh TASKA yang komited akan berusaha mengasuh dan mengembangkan potensi kanak-kanak yang diasuh selaras dengan garis panduan Kurikulum PERMATA Negara. Justeru, usaha ke arah peningkatan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak sewajarnya diiringi dengan usaha ke arah peningkatan komitmen kerjaya pengasuh; seterusnya menggalakkan pengasuh TASKA untuk kekal lama di dalam kerjaya yang diceburi.